“…Kepada Allah Yang Maha Tinggi aku berseru, Dia Allah yang memenuhi segala keperluanku..…” Mazmur 57:3
Disaat pemazmur melarikan dirinya ke dalam gua untuk menghindari daripada ancaman Raja Saul, Tuhan sentiasa menjaganya. Dengan itu pemazmur berkata kepada kita “...bahawa dia berlindung di bawah naung sayap-Tuhan, sehingga sampai badai berlalu, dan Tuhan memenuhi segala keperluannya.
Oleh kerana Tuhan bersama-sama dengan pemazmur maka ancaman daripada Raja Saul tidak sekali-kali dapat menghancurkan dirinya. Walaupun Raja Saul berusaha untuk menghancurkan dirinya. Namun Tuhan yang berpihak kepada pemazmur menjaga dan memeliharanya.
Walaupun pemazmur melalui keadaan yang sangat sulit dan sukar oleh kerana ancaman Raja Saul namun keyakinannya akan perlindungan dan penjagaan Tuhan tidak pernah goyah. Dia yakin Tuhan menjaga dan menyediakan segala apa yang diperlukan. Walaupun keadaan yang dia lalui amat sukar dan mustahil.
Bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Apakah badai dan kesulitan yang sedang anda lalui pada saat ini? Renungkan pengalaman penyertaan Tuhan dalam hidup pemazmur, bagaimana Tuhan menolong dan menjaga dia.
Jika Tuhan itu berpihak kepada kita, maka kita tidak perlu takut, ragu dan susah sebab Dia tahu bagaimana untuk menolong kita dan Dia adalah lebih besar daripada masalah kita.
Oleh itu apakah kita masih yakin dengan Tuhan untuk menolong kita didalam keadaan yang kita sedang lalui saat ini? Jika Tuhan menolong pemazmur Dia juga boleh menolong saya dan semua kita.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, menyerahkan seluruh kehidupan saya kepadaMu, Tuhan kuatkan hati saya dan teguhkan iman saya, agar dalam perjalanan hidup ini saya tidak akan lemah. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments