top of page

Keyakinan Pemazmur Kepada Tuhan


“…Ya Allah, aku sungguh yakin kepada-Mu; aku hendak menyanyi dan memuji Engkau!..…” Mazmur 57:8


Pemazmur berkata kepada kita bahawa dia sedang dikepung oleh musuh-musuhnya, mereka seperti singa yang pemakan manusia. Gigi mereka seperti lembing dan anak panah; lidah mereka seperti pedang yang tajam.


Mereka memasang jaring untuk menangkap dirinya, sehingga perasaan pemazmur diliputi dengan perasaan yang putus asa. Mereka juga menggali lubang di jalannya, tetapi mereka sendiri yang terjatuh ke dalamnya.


Dalam keadaan yang sangat sukar ini, pemazmur tidak pernah goyah akan keyakinannya akan pertolongan Tuhan, dia berkata “..aku sungguh yakin kepada Tuhan, maka dia hendak menyanyi dan memuji


Bagaimana dengan diri kita, apakah keyakinan kita saat ini tergugat oleh kerana ancaman-ancaman yang sedang kita lalui? Sekiranya Tuhan menolong pemazmur daripada ancaman-ancaman musuh-musuhnya, maka Dia Tuhan yang sama juga akan menolong saya dan kita semua.


Apakah ancaman yang sedang anda lalui pada hari ini? Tuhan kita adalah lebih besar daripada ancaman yang kita sedang lalui, Dia Tuhan yang boleh menolong dan melindungi kita, oleh itu tetaplah percaya dan berharap padaNya. didalamNya kita tenang dan aman.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji dan mengagungkan namaMu kerana kehadiran Mu saya dapat menikmati perkara-perkara yang besar dalam hidup ini. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comentarios


bottom of page