"… Dengan demikian kamu bukan lagi abdi, tetapi anak. Kerana kamu anak-Nya, Allah akan mengurniai kamu segala yang telah disediakan untuk anak-anak-Nya......” Galatia 4:7
Menurut hokum masyarakat orang Romawi, seorang anak angkat dijaminkan untuk memperolehi semua hak hokum atas harta benda miliki ayahnya. Walaupun pada awalnya dia adalah seorang hamba. Oleh itu dia tidak boleh diletakkan pada anak tingkat yang ke-dua. Namun dia akan menjadi sama dengan anak-anak yang lain, baik dia anak secara boligis atau anak angkat, kedua-duanya dianggap sama.
Oleh itu sebagai anak angkat Allah, kita mendapat juga hak yang sama bagi mewarisi kekayaan Allah yang disurga melalui Tuahn Yesus. Oleh kerana kita sudah menjadi anak-anak Allah maka kita layak untuk menerima segala apa yang disediakan oleh Allah bagi kita, iaitu pengenalan peribadi yang sepenuhnya sebagai anak-anak Allah.
Oleh kerana kita adalah anak-anak Tuhan maka kita boleh menghadap-Nya dengan penuh keberanian tanpa takut sebab kita anak-anak-Nya.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji namaMu kerana menjadikan saya sebagai anak-anakMu dan layak untuk menerima segala sumber kekayaanMu yang disurga. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comments