top of page

Kita Adalah Hasil Ciptaan dan Pembentukkan Tuhan


Pemazmur berkata kepada kita bahawa Tuhan adalah pencipta dan pembentuk dirinya, oleh yang demikian pemazmur memohon kepada Tuhan untuk memberikan kepada dirinya pengertian untuk memahami akan hukum-Nya.


Sebab memiliki pengertian akan hukum-Nya akan memperbolehkan pemazmur memahami akan tujuan Tuhan dalam penciptaan dan pembentukkan dirinya. Pengertian akan perintah-perintah Tuhan akan mendatangkan pemulihan dan ketenangan di dalam diri pemazmur akan kehendak Tuhan bagi hidupnya.


Berdasar pada Mazmur 119:73, pemazmur mengaku dan sedar bahawa keberadaan dirinya di dunia ini, oleh karena Tuhan, di mana Tuhan sebagai pencipta dan pembentuk dirinya dengan tangan-Nya.


Dengan itu pemazmur mendorong dirinya untuk menyembah Tuhan dengan sepenuh hatinya, sebab Tuhanlah “... yang mencipta dan membentuk dirinya, lalu dia memohon kepada Tuhan untuk memberikan kepadanya pengertian untuk memahami hukum-Nya....” Mazmur 119:73


Bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Apakah kita sedar bahawa saya dan anda adalah ciptaan Tuhan. Sedarilah diri kita akan kekuasaan Tuhan di dalam mencipta dan membentuk diri kita. Agar kita tidak akan sembarangan dengan diri kita.


Tuhan yang mencipta setiap diri kita dengan tangan-Nya, dengan bertujuan agar kita akan melayani dan mengasihi Dia selama kita hidup.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepada-Mu, mengucap syukur kerana mencipta dan membentuk diri saya, saya ada di dunia ini oleh kerana kehendak-Mu, oleh itu pakailah hidup saya selama saya masih hidup di dunia ini. Di dalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Kommentarer


bottom of page