top of page

Kita Diuji oleh Tuhan, Melalui Bangsa-Bangsa Lain yang Tinggal dengan Kita

Hakim-Hakim 3:1-2, 4-6 (BM)

TUHAN membiarkan beberapa bangsa tinggal di negeri Kanaan untuk menguji umat Israel yang belum pernah mengalami peperangan di Kanaan. Dia hendak mengajar tiap-tiap generasi orang Israel untuk berperang, terutama mereka yang belum pernah ikut berperang. Bangsa-bangsa itu menjadi ujian bagi umat Israel, untuk mengetahui sama ada mereka taat ataupun tidak kepada perintah yang diberikan TUHAN kepada nenek moyang mereka melalui Musa. Itulah sebabnya orang Kanaan, Het, Amori, Feris, Hewi, dan Yebusi tetap tinggal di negeri itu bersama-sama umat Israel. Umat Israel berkahwin dengan bangsa-bangsa itu dan turut menyembah dewa-dewa mereka.


Pengajaran/Refleksi

1. Firman TUHAN hari ini mengajar kita supaya tidak menyimpang ke kiri atau ke kanan dan menyembah tuhan-tuhan lain. Bangsa-bangsa itu ada di sekeliling kita untuk menjadi ujian bagi kita, untuk mengetahui sama ada kita taat ataupun tidak kepada perintah TUHAN dalam kehidupan kita.

2. Salah satu ujian yang ada, adalah dengan cara perkahwinan dan akhirnya mereka yang lemah akan jatuh dan turut menyembah dewa-dewa bangsa-bangsa itu.


Maka itu, haruslah kita orang percaya pada Yesus Kristus berhati-hati bergaul dengan mereka, supaya tidak terjatuh ke dalam ujian tersebut. Jauhi penyembahan-penyembahan yang tidak benar sebab Tuhan mencari penyembah-penyembah yang benar. (Yoh 4:24). Bagaimana terang dapat bersatu dengan gelap? (2 Kor 6:14)


Doa

Terima kasih TUHAN, kerana Engkau memperingatkan kami sekali lagi dengan Firman-Mu hari ini. Berikan kekuatan bagi kami umat-Mu supaya kami dan ahli keluarga kami tidak terjatuh ke dalam ujian itu. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini. Dalam nama Yesus. Haleluyah dan Amen.


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page