top of page

Kita Tidak Terlalu Bijak


Amsal 3:7b-8 "Jangan anggap dirimu bijak, takutlah kepada Tuhan dan jauhilah kejahatan. tulah yang kelak mendatangkan kesihatan bagi tubuhmu dan kekuatan bagi tulang-tulangmu."


“Saya boleh melakukannya”; “I can do it”; “Just do it!”; “Malaysia boleh”;


Banyak orang mengajar tentang keyakinan diri. Ini satu perkara yang baik. Kalau kita percaya bahawa kita boleh, kemungkinan besar kita dapat mencapai sasaran kita. Orang yang kuat tetapi tidak percaya bahawa diri dia boleh menang, tidak akan menang. Mungkin juga dia tidak akan menyertai sesuatu pertandingan.


Jika keyakinan diri merupakan sesuatu yang baik, apa maknya yang ingin disampaikan dalam Amsal 7b "Jangan anggap dirimu bijak,” ?


Maknanya ialah jangan menjadi sombong. Orang yang kuat dan bijak serta penuh

dengan keyakinan diri, boleh menjadi sombong kalau dia tidak rendahkan diri

dan takut akan Tuhan. Tidak salah kalau seseorang dikurniakan kekuatan dan

kepandaian, tetapi jika orang seperti ini TIDAK merendahkan diri, sikap angkuh mereka akhirnya akan menjatuhkan mereka sendiri.


Dalam kebijaksanaan Tuhan, kita semua di ajar mempunyai sikap seperti Yesus Kristus. Filipi 2:3 "Janganlah lakukan apa pun kerana kepentingan diri sendiri atau keangkuhan. Dalam kerendahan hati biarlah setiap orang menganggap yang lain lebih tinggi daripada dirinya." Ajaran ini amat penting bagi orang yang kuat dan bijak. Kalau dia tidak ada sikap rendah diri, dia akhir nya akan jatuh. Amsal 16:18 "Keangkuhan mendahului kehancuran, dan hati yang sombong mendahului kejatuhan." Amsal 18:12 "Kesombongan mendahului kehancuran, tetapi kerendahan hati mendahului kehormatan." Kerendahan hati itu sikap yang amat penting. Tuhan berpihak kepada orang yang rendah hati tetapi menentang mereka yang angkuh.


Bagaimana untuk tidak menjadi angkuh? Amsal menyatakan "... takutlah kepada Tuhan dan jauhilah kejahatan” Amsal juga menyatakan faedah dari rendah hati dan takut akan Tuhan - iaitu kesihatan tubuh. Jangan hairan tentang penytaan ini, kerana Alkitab tidak akan salah walaupun wujud semenjak 2000 tahun dulu. Sains telah membuktikan bahawa kita manusia ialah organisma psychosoma. Ertinya ialah kita mempunyai mental dan fisikal berfungsi sebagai satu unit. Kalau kita angkuh dan penuh dengan dendam dan iri hati, kita boleh menjejaskan kesihatan fisikal. Kalau kita selalu hidup dengan tension dan tekanan, kita boleh mendapat hypertension dan pening serta imsomnia.


Berita baik ialah ini: Kalau kita rendahkan diri dan takut akan Tuhan, kita menjadi sihat dalam segi fisikal dan mental. Haleluyah!


Doa: O Tuhan terima kasih,Engkau memberikan kami cara menjadi sihat dalam tubuh. O Tuhan berikan kami kasih kurnia supaya kami sentiasa merendahkan diri.


Amen!

Pak Tang

Comments


bottom of page