Bacaan: Yakobus 1:19-20 Saudara-saudara yang kukasihi, sebagaimana kamu tahu, seseorang haruslah cepat mendengar, lambat bercakap, dan lambat menjadi marah. Orang yang marah tidak dapat melakukan perbuatan yang benar dan diredai Allah. Ringkasan: Dengar bukan sahaja kata-kata tetapi juga perasaan di sebalik kata-kata itu. Jangan mudah marah kerana ia akan menyebabkan anda berdosa dan tidak mengagungkan Tuhan yang menjadi Ketua perkahwinan anda.
Contoh aplikasi harian: Sentiasa mencari masa untuk diluangkan bersama walau betapa sibuknya anda. Mungkin ada sedikit masa selepas kerja untuk minum kopi atau apabila anak-anak sudah tidur, untuk mendengar suara hati pasangan anda. Cuba bercakap dengan sabar dan hormat dengan pasangan anda. Dengar dengan teliti perasaan pasangan anda. Sekiranya terdapat sebarang rasa tidak senang hati, semasa berkomunikasi, utamakan kepentingan hubungan suami isteri lebih daripada perasaan sendiri.Tindakan tersebut adalah satu pilihan dan bukan dari perasaan anda. Bukannya senang tetapi ingatlah bahawa pernikahan anda adalah untuk mengagungkan nama Tuhan
Doa: Tuhan, kami memohon kepada-Mu kemampuan untuk berkomunikasi dengan berkesan dan menghargai satu sama lain dalam perbualan. Bantu kami mendengar dengan baik dan meluahkan fikiran dan perasaan dengan jelas dan terbuka. Amin.
コメント