
1 Samuel 26:23-25 (AVB)
TUHAN akan membalas setiap orang menurut perbenaran dan kesetiaannya. Pada hari ini TUHAN telah menyerahkan tuanku ke dalam tangan hamba, tetapi hamba tidak mahu mencederakan orang yang dilantik TUHAN. 24Sebagaimana nyawa tuanku berharga di mataku pada hari ini, semoga jugalah nyawa hamba di mata TUHAN. Semoganya Dia melepaskan hamba daripada segala kesengsaraan.” Kata Saul kepada Daud, “Semoga engkau diberkati, wahai anakku Daud. Engkau akan melakukan banyak hal dan pasti berjaya.” Daud pun meneruskan perjalanannya, manakala Saul pulang ke tempatnya.
Pengajaran/ Refleksi.
1. Walaupun Raja Saul sudah mengaku tidak akan menyakiti atau membunuh Daud, tetapi Daud masih ragu-ragu tentang sikap Raja Saul. Maka itu Daud dan enam ratus anak buahnya melarikan diri ke Gat bersama keluarga mereka masing-masing dan menetap di Ziklag.
2. Apabila Raja Saul mendengar bahawa Daud sudah melarikan diri ke Gat, Raja Saul tidak berusaha menangkapnya lagi. Daud tinggal di sana selama satu tahun empat bulan.
Oleh kerana Daud tidak mahu bertindak menurut keinginannya melawan Raja Saul, lebih baik dia melarikan diri ke tempat lain supaya Raja Saul tidak dapat menangkapnya lagi. Ini mengajar kita, supaya kita menjauhkan diri daripada orang yang mahu menyakiti atau membinasakan kita. Ini juga menghindari konflik terjadi di antara komuniti kita. Halleluya dan amin!!
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin!
Rev. Ali Langgit
Comments