top of page

Lemah Lembut


Matius 5:5

Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana

mereka akan mewarisi bumi ini.


Ini adalah pernyataan yang sangat “extravagant” (murah hati) yang diberikan Tuhan kepada kita.


Kita yang lemah lembut akan mewarisi bumi.


ini adalah pernyataan yang mencabar pemikiran kita juga.


Apakah anda benar-benar mempercayainya?


Yesus menyatakan “Akulah kebenaran”

Bukan sahaja, dia mengajar yang benar,

atau mengatakan yang benar,

tetapi Yesus adalah kebenaran !


Jikalau Yesus mengatakan bahawa orang yang lemah lembut akan mewarisi dunia, itulah yang benar kerana dia adalah kebenaran. Tiada yang palsu datang daripada nya.


Di dalam dunia yang mencabar ini, kita fikirkan bahawa lemah lembut adalah satu kelemahan. Sebaliknya saudara, orang yang lemah lembut adalah orang yang paling kuat di dalam dunia ini.


Orang yang lemah adalah :

  • Orang yang sombong

  • Orang yang bangga

  • Orang yang memaksa

  • Orang yang kasar dsb.


Kelemahlembutan, bukanlah kelemahan, tetapi adalah satu kekuatan di dalam kawalan. (Meekness is not weakness, but strength under control).


Dalam metafora:

Orang yang lemah lembut adalah seolah-olah seperti seekor kuda liar yang telah dijinakkan.


Seekor kuda yang liar, adalah seekor kuda yang penuh dengan kekuatan.

Ia akan menendang sesiapa yang duduk di atasnya.

Tetapi jikalau kuda yang liar ini dilatih dan dijinakkan, kuda ini dapat digunakan oleh tuan-empunya kuda tersebut

Maksudnya, tuan-empunya kuda dapat menunggang dan menggunakan kuda ini untuk tugasan yang disediakan oleh pemiliknya.


Sama juga dengan kita, kita semua yang dahulunya liar,


jikalau kekuatan kita di kawali seperti kuda liar yang dijinakkan.

Sekarang boleh digunakan oleh master (Boss) kita, iaitu Allah kita.

Apabila kita merendahkan diri dan mempunyai sikap lemah lembut,

Iaitu, dengan mempunyai kekuatan di dalam kawalan,

Tuhan dapat menggunakan kita untuk kemuliaan-Nya, sesuai dengan rancangannya.

Lebih daripada itu, janji Tuhan kepada kita, adalah “kita akan mewarisi bumi”!


Kita sudah lihat, bahawa, kekuatan yang di dalam kawalan ini boleh digunakan oleh Tuhan untuk kemuliaan-Nya.


Inilah kunci berkat yang ke-3 yang Tuhan berikan kepada kita.


Sikap lemah lembut datangnya daripada Tuhan dan bukan kekuatan diri kita sendiri. Ia adalah hasil buah Roh yang diperolehi melalui perhubungan kita dengan Tuhan.


Galatia 5:22-23 (AVB) 22 Sebaliknya, buah Roh ialah kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, 23 lemah lembut dan penguasaan diri. Tiada hukum yang menentang segala ini.


Persoalannya, apakah berkat yang Tuhan berikan kepada orang yang lemah-lembut?


#1: Kita akan di diberkati Tuhan.


Kita tahu beatitudes yang ke-3 ini berkenaan dengan orang yang lemah lembut, akan mewarisi dunia!


Mazmur 37:11 Orang yang rendah hati akan mewarisi bumi dan akan bersukacita dengan kesejahteraan yang melimpah-limpah.


Ini adalah bertentangan dengan nilai-nilai yang dipromosikan dunia.


Dunia selalu mengatakan bahawa orang yang agresif, tamak, bangga, kasar, menekan dan sebagainya akan menang.


Tetapi Alkitab mengatakan orang yang lemah lembut akan menarik berkat Tuhan. Jadi mari kita tukar paradigma kita hari ini, selaras dengan Firman Tuhan.


Mazmur 37:11 (AVB)

Orang yang rendah hati akan mewarisi bumi dan akan bersukacita dengan kesejahteraan yang melimpah-limpah.



#2: Kita akan menenangkan kemarahan dan memadamkan konflik.


Sikap lemah lembut akan memadamkan konflik. Kelemahlembutan adalah seperti air yang dicurahkan kepada api kemarahan. Ia adalah seperti penawar kepada konflik.


Pernahkah anda berada di dalam situasi konflik dan perselisihan-faham yang tegang?


Amsal 15:1 (AVB)

Jawapan yang lemah lembut meredakan murka, tetapi perkataan yang tajam membangkitkan amarah.


Di dalam otak manusia, ada neuron yang kita katakan “mirror neurons” ataupun neuron cermin:


Apabila kita marah, orang yang berhadapan dengan kita akan marah


Apabila kita bertutur dengan suara yang lembut, orang yang berhadapan dengan kita, juga akan membuat yang sama.


Jadi saudara, sikap kelemah-lembutan kita akan memadamkan amarah dan menjadi penawar kepada konflik.


Kita menukar suasana yang tegang menjadi tenang.


#3: Kita mampu meyakinkan orang lain


Amsal 25:15 (AVB) Dengan kesabaran seorang penguasa pun dapat diyakinkan, dan lidah yang lembut dapat mematahkan tulang.


Ini adalah salah satu skill-set yang jarang di ajar di marketplace, tetapi, Alkitab mengatakan kelemah- lembutan akan meyakinkan orang lain.


Juga, di dalam penginjilan kita, kita harus memberikan jawaban dengan lemah lembut.


1 Petrus 3:15 (AVB) Hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hatimu dan sentiasa bersedia memberikan jawapan yang meyakinkan apabila seseorang bertanyakan asas harapan dalam hatimu. Jawab dengan lembut dan hormat.


Kita memberi jawaban iman kita dengan lemah-lembut.


Amsal 25:15 (AVB)

Dengan kesabaran seorang penguasa pun dapat diyakinkan, dan lidah yang lembut dapat mematahkan tulang.


1 Petrus 3:15 (AVB)

Hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hatimu dan sentiasa bersedia memberikan jawapan yang meyakinkan apabila seseorang bertanyakan asas harapan dalam hatimu. Jawab dengan lembut dan hormat.



#4: Kita akan memperoleh kehormatan


Amsal 29:23 (AVB) Keangkuhan seseorang akan merendahkannya, tetapi orang yang rendah diri akan memperoleh kehormatan.


Mungkin anda pernah mendengar tentang mendiang Mother Theresa. Mother Theresa adalah seorang perempuan yang kecil, 5 kaki tingginya. Seorang Nun dari Romania. Apabila beliau berdiri di hadapan pemimpin-pemimpin dunia, semua pemimpin akan memberikannya hormat. Mengapa? Kerana dia adalah seorang yang lemah lembut dan rendah hati.


Amsal 29:23 (AVB) Keangkuhan seseorang akan merendahkannya, tetapi orang yang rendah diri akan memperoleh kehormatan.


Jikalau, kita mahu belajar, sikap rendah hati, mari kita libatkan diri di dalam membantu mereka-mereka yang tertindas dan memerlukan bantuan.


Seperti Mother Theresa.


Lebih kita membantu mereka yang benar-benar memerlukan, kita akan belajar “humility” dan kelemah- lembutan.


#5: Kita akan menjadi pemimpin yang baik seperti Yesus


Harvard Business Schools ada pernah mengatakan bahawa “the best leaders are humble leaders.”


Iaitu pemimpin yang terbaik adalah pemimpin yang rendah hati.


Jikalau kita mahu belajar menjadi pemimpin yang baik, kita harus mempunyai sikap lemah lembut.


Pemimpin teragung, Yesus - adalah seorang yang lemah lembut dan rendah hati.


Matius 11:29 (AVB) 29 Ambillah kuk daripada-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati, maka jiwamu akan tenang.


Yesus mengatakan bahawa dia adalah lemah lembut dan rendah hati.


Musa, seorang pemimpin yang digunakan Tuhan, adalah seorang yang lemah lembut dan rendah hati.


Abraham Lincoln, bekas presiden Amerika Syarikat, adalah seorang yang lemah lembut dan rendah hati.


Martin Luther King seorang pemimpin “civil rights movement” (Gerakan hak sivil) yang menentang penindasan warna kulit, adalah seorang yang lemah lembut dan rendah hati.


Mahatma Gandhi , seorang peguam yang berjaya membebaskan India daripada penjajahan British, adalah seorang yang lemah lembut dan rendah hati.


Inilah kunci yang ke-3 dari 8 berkat Tuhan di dalam hidup kita, iaitu kelemah-lembutan.


Walaupun dunia mengajar kita untuk menjadi agresif,tamak dan menekan tetapi Yesus mengatakan kelemah-lembutan adalah karakter yang harus kita kejar:


kerana dengan kunci ini, kita akan diberkati.


Tuhan kita, pencipta kita, tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia adalah Tuhan yang baik.


Doa:

Tuhan, terima kasih atas firman mu. Hari ini, kami telah mempelajari “beautitudes” yang ketiga, iaitu kami diberkati apabila kami mempunyai sikap lemah-lembut . Kami berdoa campur tangan Tuhan mengajar kami sikap lemah-lembut:


Supaya kami akan diberkati Tuhan

Supaya kami mampu menenangkan kemarahan dan memadamkan konflik

Supaya, kami mampu meyakinkan orang dan memberikan berita baik, iaitu, injil dengan efektif.

Supaya, kami akan memperolehi kehormatan

Supaya, kami akan menjadi pemimpin yang baik seperti Yesus.


Terima kasih Tuhan, hari ini, kita minta campur tangan Tuhan di dalam

kehidupan kami dan ajar kami kelemah-lembutan.


Di dalam nama Yesus Kristus kami berdoa, Amen.


Soalan Renungan:

1. Apakah yang anda dapat dari pembelajaran ini mengenai kelemah lembutan? Bagaimana anda mengaplikasikannya dalam hidup anda?


2. Berikan contoh orang di sekeliling anda yang anda rasa menunjukkan nilai kelemah lembutan.


Elder Ann WK

Comments


bottom of page