Pada permulaan mazmur ini secara peribadi pemazmur mendorong dirinya sendiri supaya sentiasa memuji dan percaya kepada Tuhan, akan tetapi pada masa yang sama pemazmur juga memperingatkan orang lain yang percaya kepada Tuhan supaya percaya kepada Tuhan dan bukan kepada manusia.
Kemudian pemazmur secara peribadi memperingatkan orang yang disekeliling dirinya agar “...tidak berharap kepada pemerintah manusia, sebab tidak seorang pun dapat menyelamatkannya. Apabila mereka mati, mereka kembali ke tanah; pada hari itu segala rancangan mereka musnah.....” Mazmur 146:3-4
Hal ini bermaksud “..pada saat ini seluruh bangsa meletakkan harapan dirinya mereka pada pemerintahannya, sebab Tuhan telah melakukan banyak perbuatan yang ajiab melalui dirinya, sehingga banyak orang meletakkan keyakinan mereka padanya. Dengan itu pemazmur mengajak mereka berharap kepada Tuhan sahaja dan bukan kepada pemerintah. Sebab segala alam semesta (langit, bumi dan laut serta isinya) merupakan hasil perbuatan tangan-Nya.
Oleh itu marilah kita menyerahkan seluruh kehidupan kita hanya pada kekuasaan dan pemeliharaan-Nya, sebab segala perkara adalah didalam kekuasaan tangan Tuuhan. Dengan itu tidak wajarlah bagi diri kita untuk meletakkan pergantungan kita pemerintahan dunia ini, namun kita harus sepenuhnya meletakkan harapan kita pada Tuhan.
Sebab apabila kita mati, kita kembali kepada tanah; pada hari itu segala rancangan kita akan musnah, oleh itu letakkanlah harapan kita pada Tuhan.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengaku bahawa hanya dalam-Mu saya harus meletakkan segala pergantungan hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comments