top of page

Lindungilah aku


“...Lindungilah aku, seperti biji mata-Mu sendiri; sembunyikanlah aku di bawah naungan sayap-Mu, lindungilah aku daripada orang jahat yang menyerang aku..,.... Maz 17:8-9


Sewaktu pemazmur dikepung oleh musuh-musuhnya yang ingin menghancurkan hidupnya maka pemazmur berdoa kepada Tuhan untuk memohon perlindungan daripada segenap usaha musuh-musuh terhadap dirinya.


Dengan itu dia memohon kepada Tuhan agar Dia melindungi dirinya seperti biji mata-Nya dengan menyembunyikan dirinya di bawah naungan sayap-Nya. Menyelamatkan dirinya daripada orang jahat yang berusaha membinasakan dia.


Pemazmur tahu bahawa perlindungan yang pasti hanya ada didalam Tuhan, itulah sebabnya dia datang kepada Tuhan untuk melindungi dan menyelamatkan dirinya. Bagaimanakah dengan diri anda pada hari ini?


Apakah anda datang kepada Tuhan untuk perlindungan sewaktu anda dikelilingi orang yang berusaha ingin memusnahkan hidup anda. Apakah tindaka yang anda ambil?


Ingat orang yang menempatkan dirinya di dalam perlindungan Tuhan akan merasa aman sebab Tuhan yang bersama-sama dengannya. Dalam Tuhan hati kita tenang dan aman. Oleh itu datanglah kepada Tuhan untuk perlindungan dan pertolongan.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon pertolongan dan perlindungan daripadaMu, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page