top of page

Maha Hadir, Maha Tahu



Shalom saudara


Kita sambung lagi Perbicaraan tentang sifat-sifat keilahian Yesus yang membuktikan Yesus benar-benar adalah Tuhan. Sifat yang seterusnya adalah Yesus Mahahadir.


Dalam Injil Matius 28:20 Yesus berkata begini, “Dan ketahuilah Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman.”


Dalam Matius 18:20 Yesus juga berkata begini, "Sebab dimana dua atau tiga orang berkumpul dalam nama-Ku, di situ Aku ada Di tengah-tengah mereka."


Saya ingin menarik perhatian saudara Kepada kata-kata Yesus dalam kedua-dua ayat ini. Yesus berkata Aku menyertai kamu senantiasa. Aku ada di tengah-tengah mereka.


Apakah ini kata-kata yang boleh diucapkan oleh seorang manusia yang biasa? Nah, siapa di antara nabi-nabi atau rasul-rasul Tuhan yang boleh mengucapkan kata-kata ini?


Setahu saya tidak ada orang yang seperti itu yang boleh berkata Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman. Tidak ada orang yang boleh mengucapkan kata-kata begini.


Yesus membuktikan bahawa Yesus adalah Mahahadir dengan berkata Aku menyertai kamu senantiasa sampai akhir zaman. Dan ini membawa sesuatu kebenaran yang sangat penting dalam kita menjelaskan atau mempertahankan ketuhanan Yesus.


Walaupun Yesus tidak berkata Akulah Tuhan sembahlah Aku, namun kata-kata yang keluar dari mulut Yesus sangat menunjukkan bahawa Yesus adalah Tuhan.


Di sini saya ingin memberi beberapa contoh kata-kata Yesus yang menunjukkan ketuhanannya.


Nah, Yesus berkata dalam Yohanes 6:35 “Akulah roti hidup. Barangsiapa datang kepada-Ku ia tidak akan lapar lagi dan barangsiapa percaya kepada-Ku Ia tidak akan haus lagi.”


Nah, apakah ini kata-kata manusia biasa?


Dan lagi di dalam Yohanes 8:12 Yesus berkata, “Akulah terang dunia barangsiapa mengikut Aku Ia tidak akan berjalan dalam kegelapan melainkan ia akan mempunyai terang hidup.”


Lagi dalam Yohanes 11:25-26 Yesus berkata lagi, “Akulah kebangkitan dan hidup barangsiapa percaya kepada-Ku Ia akan hidup walaupun dia sudah mati. Setiap orang yang hidup dan yang percaya kepada-Ku tidak akan mati selama-lamanya.”


Ini bukan kata-kata dari manusia biasa.


Nah, Yesus juga berkata dalam Yohanes 6:38 “Aku telah turun dari sorga.”


Nah, kalau ada orang yang mengucapkan kata-kata ini, saya rasa orang ini tidak betul fikirannya kerana tidak ada orang yang akan berkata “Aku turun dari sorga”.


Maka di sini kita lihat Yesus tidak pernah mengatakan Aku adalah Tuhan, tapi kata-kata yang keluar dari mulut-Nya sangat menunjukkan bahawa Yesus adalah Tuhan.


Nah, sifat keilahian Yesus yang seterusnya adalah Mahatahu.


Nah, berapa kali dalam Injil, Yesus menunjukkan bahawa Yesus memiliki sifat yang Mahatahu. Iaitu sebelum sesuatu hal atau peristiwa itu terjadi Yesus telah memberitahunya lebih awal dan perkara itu terjadi.


Contohnya, Yesus tahu siapa yang akan mengkhianati-Nya iaitu Yudas.

Pada malam jamuan terakhir bersama murid-murid-Nya, Yesus berkata bahawa orang yang mencelupkan tangannya bersama-sama dengan Dia dalam pinggan dialah akan mengkhianati-Nya. Itu dalam Matius 26:23. Dan perkara itu benar-benar terjadi. Yudas yang mengkhianati Yesus dengan menjualkan Yesus dengan 30 keping wang perak.


Yesus juga tahu Petrus akan menyangkal Yesus tiga kali dan Yesus menambahkan lagi berkata bahawa selepas Petrus menyangkal-Nya, ayam akan berkokok. Si Petrus keras-keras menolak kenyataan itu dan berkata, “Sekalipun aku harus mati aku takkan menyangkal Engkau.” Tapi tepat seperti mana kata Yesus, Petrus menyangkal Yesus 3 kali dan selepas itu ayam berkokok.


Yang luar biasanya sebelum hal atau peristiwa itu terjadi Yesus telah memberitahunya lebih awal dan sangat detail, sangat terperinci dan semuanya terjadi sepertimana yang dikatakan Yesus.


Selain itu Yesus tahu tentang sejarah kehidupan seorang perempuan Samaria yang belum pernah dijumpai-Nya. Dan ceritanya ada diberitahu dalam Yohanes 4. Yesus tahu tentang perkahwinan perempuan Samaria itu. Yesus tahu bahawa perempuan ini telah berkahwin lima kali. Dan hal ini sangat mengejutkan perempuan Samaria itu dan dia tahu bahawa dia telah bertemu dengan seorang yang luar biasa. Dan perempuan Samaria ini berasa sangat terkesan dengan kata-kata Yesus sehingga dia telah mengajak seluruh orang di Kota Samaria untuk datang berjumpa dengan Yesus.


Perempuan itu memberitahu mereka kata-kata ini dalam Yohanes 4:30. "Ia mengatakan kepadaku segala sesuatu yang telah ku perbuat." Maksudnya perempuan Samaria ini mengaku bahawa Yesus memiliki sifat Mahatahu. Kita harus ingat ya inilah kali pertama Yesus dan perempuan Samaria ini bertemu dan Yesus sudah tahu segala-galanya tentang perempuan Samaria itu. Satu lagi perkara yang luar biasa adalah apabila orang-orang dari Kota Samaria datang mendengar kata-kata Yesus. Mereka juga menjadi kagum dengan keperibadian Yesus sehingga mereka bersaksi kepada perempuan Samaria itu dan berkata kami percaya tetapi bukan lagi kerana apa yang kau katakan sebab kami sendiri telah mendengar Dia dan kami tahu bahawa Dialah benar-benar juruselamat dunia.


Ya, Yesus benar benar adalah juruselamat dunia. Amen!


Nah, sekali lagi disini kita lihat kata-kata yang keluar dari mulut Yesus sangat menunjukkan bahawa Yesus bukan sekadar manusia biasa. Kemahatahuan Yesus telah mengkagumkan satu Kota Samaria. Yesus juga tahu apa yang terjadi pada zaman akhirat ataupun zaman akhir. Yesus mengajar murid-murid-Nya hal-hal tentang zaman akhir dalam Injil Matius bab 24 dan 25.


Bila Yesus mengajar tentang zaman akhir, Yesus tidak perlu merujuk kepada mana-mana buku rujukan. Dia dengan penuh autoriti. Yesus memberi penjelasan tentang zaman akhir walaupun belum terjadi. Yesus sudah tahu hal-hal tentang zaman akhir. Inilah kemahatahuan Yesus.

Dan satu lagi bukti kuat yang sangat menunjukkan kemahatahuan Yesus adalah Yesus tahu isi hati dan fikiran manusia. Dalam Injil Markus bab 2, Yesus menyembuhkan seorang yang sakit lumpuh dan mengampuni dosanya. Maka apabila hal itu dilihat orang-orang yang beragama mereka tidak senang hati dan mengatakan bahawa Yesus menghujat Allah kerana hanya Allah yang dapat mengampuni dosa.


Alkitab berkata dalam Markus 2:8, Yesus segera mengetahui dalam hati-Nya bahawa mereka berfikir demikian lalu Ia berkata kepada mereka, “Mengapa kamu berfikir begitu dalam hatimu?”


Kemahatahuan Yesus juga diakui oleh murid-murid Yesus. Dalam Yohanes 16:30 Mereka berkata, “sekarang kami tahu bahawa Engkau mengetahui segala sesuatu dan tidak perlu orang bertanya kepada-Mu. Kerana itu kami percaya bahawa Engkau datang dari Allah.”


Cuba anda bayangkan saudara, kalau anda adalah perempuan Samaria yang Yesus jumpa atau anda adalah Si Petrus itu, dan anda bertemu dengan seorang yang tahu tentang hal-hal peribadi anda yang lalu iaitu kehidupan anda yang lalu dan memberitahu anda apa yang akan terjadi dan perkara itu benar-benar terjadi. Tidakkah itu membuat kamu fikir dan bertanya siapakah orang ini yang tahu tentang segala-galanya tentang aku dan Dia juga tahu segala isi hati dan fikir aku dengan begitu detail.


Ya. Tidak ada yang tersembunyi dari Yesus. Itulah Yesus Yang Mahatahu. Amen.


Nah, Yesus tidak perlu berkata, “Akulah Tuhan sembahlah Aku.” Tetapi dengan menunjukkan kemahatahuan-Nya itu jelas menunjukkan bahawa Yesus adalah Tuhan.


Yesus tak henti-henti memberi kejutan dan mengkagumkan orang-orang yang hatinya terbuka kepada Yesus. Tapi kepada mereka yang tak percaya, Yesus menjadi batu sandungan.


Nah, bukalah hati dan pintu hati anda kepada Yesus. Biarlah Yesus masuk dan lihatlah Yesus bekerja di dalam hidup anda membawa perubahan yang menjadikan anda manusia yang baru.


Haleluya! Segala puji dan hormat dan syukur diberikan kepada Yesus Kristus Tuhan kita.


Sekian terima kasih dan Tuhan memberkati.


Komuniti Digital

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page