Anda pernah mendengar perkataan "makan, minum dan bergembiralah!" Tetapi Tuhan, Allahmu, berfirman kepadamu, “Hati-hati, jangan sampai kamu lupa Tuhan, Allahmu,… Setelah kamu makan sampai kenyang, setelah kamu membina rumah-rumah yang baik,… serta segala sesuatu yang kamu miliki, jangan sampai kamu menjadi takbur dan lupa Tuhan, Allahmu,…” (Ulangan 8:11-14)
Kemakmuran dan kemudahan bukanlah kawan kita. Kebanyakan orang tidak lulus ujian kerana diamanahkan dengan kekayaan. Mereka mula menjadi sombong dan melupakan Tuhan. Dengan kemudahan hidup dan masa yang banyak, godaan untuk berbuat dosa juga datang.
Penulis Amsal berkata, “…janganlah beri aku kemiskinan atau kekayaan, berilah aku makanan secukupnya. Jangan sampai aku kenyang lalu menyangkal Engkau dan berkata, "Siapakah TUHAN itu?” Jangan sampai aku miskin lalu mencuri dan memfitnah nama Allahku” (Amsal 30:8-9)
Apabila kita diarahkan cara berdoa, Yesus mengajar kita untuk berkata, “Berilah kami makanan untuk hari ini” (Matius 6:11). Yesus juga berkata, “Utamakanlah kerajaan Allah serta perbenaran-Nya; dan semuanya itu akan diberikan kepadamu” (Matius 6:33)
Adakah anda mencari Tuhan dahulu? Atau, adakah anda ingin menjadi kaya. Mohon hikmat Tuhan untuk membantu kita melihat keutamaan yang betul.
Comments