“…Marilah kita memuji TUHAN, dan bernyanyi dengan gembira kepada Allah, pelindung dan penyelamat kita! Marilah kita menghadap Dia dengan kesyukuran, dan dengan gembira menyanyikan lagu pujian....” Mazmur 95:1-2
Pemazmur mengajak agar umat Tuhan beribadah kepada Tuhan, dengan berkata “..marilah kita memuji TUHAN dan bernyanyi dengan gembira kepada Allah, pelindung dan penyelamat kita! Marilah kita menghadap Dia dengan kesyukuran, dan dengan gembira menyanyikan lagu pujian.
Pemazmur mengajak semua umat Tuhan untuk memuji dan menyanyi dengan hati yang bergembira didalam Tuhan, menghadapNya dengan hati yang bersyukur. Sebab Dia Tuhan yang besar, dan Raja yang besar mengatasi segala allah.
Memuji dan menyanyi dengan hati yang bergembira kepada Tuhan merupakan kewajiban yang harus dilaksanakan oleh setiap umat Tuhan yang ada didunia ini, mereka harus memuji dan menyanyi dengan sepenuh hati di sepanjang hidup mereka, memuji dan bernyanyi dengan gembira kepada Tuhan, merupakan pengakuan kepada Tuhan bahawa Dia adalah pelindung dan penyelamat mereka.
Menyanyi pujian dengan penuh kesyukuran kepada Tuhan merupakan bukti hati dan jiwa yang sepenuhnya dikuasai oleh Roh Tuhan. Oleh itu bernyanyilah dengan pujian kesyukuran kepada Tuhan sebab semuanya ini adalah kehendak Tuhan bagi semua orang yang percaya kepadaNya.
Oleh itu bagaimana dengan diri kita pada hari ini, apakah kita selama ini menyanyikan pujian dengan penuh kesyukuran kepada Tuhan. Sebab Dia pelindung dan penyelamat hidup kita. Memuji dan menyanyi pujian kesyukuran kepada Tuhan merupakan kehendak Tuhan kepada kita pada hari ini.
Oleh itu marilah kita menyanyikan pujian dengan penuh kesyukuran kepada Tuhan selama kita masih hidup didunia ini.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMumemohon agar Engkau memberikan saya hati yang bersyukur kepada Tuhan didalam hidup ini, berikan saya roh yang sentiasa menyanyikan pujian bagiMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments