top of page

Masa Hadapan Orang Yang Tidak Bercela

 

“Perhatikan orang yang tidak bercela, teliti orang yang tulus; kerana masa hadapannya adalah kesejahteraan.” Mazmur 37:37 AVB

 

Pemazmur memberikan peringatan yang sangat tegas kepada setiap umat Tuhan supaya tidak membiarkan apa-apa kejahatan menguasai hidupnya. Sebaliknya, umat Tuhan hendaklah mengamalkan kejujuran, ketulusan dan perbuatan yang baik kerana Tuhan berjanji bahawa umat-Nya yang sentiasa mengamalkan kejujuran, ketulusan dan perbuatan yang baik akan mewarisi kerajaan-Nya.

 

Tujuan utama umat Tuhan harus mengamalkan kejujuran, ketulusan dan perbuatan yang baik adalah untuk mendatangkan kesejahteraan kepada semua umat manusia. Sekiranya umat Israel terus mengamalkan kejujuran, ketulusan dan perbuatan yang baik, maka mereka akan tetap memiliki tanah perjanjian atau mewarisi negeri yang dimiliki mereka pada hari ini.

 

Jika umat Tuhan semakin mengamalkan kejujuran, ketulusan dan perbuatan yang baik terhadap orang lain, maka pelaku kejahatan semakin tidak ada tempat dalam kalangan mereka. Semua orang hendaklah menolak kejahatan kerana kejahatan hanyalah mendatangkan kekacauan dan perpecahan. Dengan itu, amalkanlah kejujuran, ketulusan dan perbuatan yang baik selama kita masih hidup agar kita akan ada kesejahteraan dan masa depan yang lebih baik.

 

Marilah kita terus berbuat baik, jangan jemu-jemu atau berletih lesu, kerana apabila tiba masanya setiap apa yang telah kita tabur pasti akan kita tuai pada satu hari nanti. Oleh itu, teruslah berbuat baik…..

 

Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk memohon bimbingan-Mu terhadap hidupku. Ajarlah aku sentiasa berbuat baik selama aku masih hidup. Tidak kira apa jua keadaan, aku akan terus berbuat baik. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comentarios


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page