top of page

Melihat Dari Perspektif Tuhan Di Marketplace



Roma 12:2 (AVB) Janganlah ikut cara dunia, sebaliknya berubahlah menurut pembaharuan fikiranmu. Dengan demikian, kamu dapat memastikan apa kehendak Allah itu, apa yang baik, yang diredai-Nya dan yang sempurna.


Filipi 4:4-8 (AVB) 4 Bersukacitalah dalam Tuhan sentiasa. Kukatakan lagi: Bersukacitalah!

5 Biar sikapmu yang lemah lembut diketahui oleh semua orang. Tuhan ada berhampiran. 6 Jangan bimbangkan apa pun. Dalam segala hal, dengan berdoa dan memohon, dengan mengucapkan kesyukuran, beritahulah hasratmu kepada Allah. 7 Dan sejahtera Allah yang melebihi pengertian manusia akan memelihara hati dan fikiranmu dalam Kristus Yesus.

8 Akhir sekali, saudara-saudaraku, apa sahaja yang benar, apa sahaja yang mulia, apa sahaja yang adil, apa sahaja yang suci, apa sahaja yang indah, apa sahaja yang dipandang tinggi – jika ada sesuatu yang baik dan jika ada sesuatu yang terpuji – tumpukan fikiran kepadanya.


2 Korintus 10:5 (AVB) mematahkan hujah-hujah dan segala yang meninggikan diri menentang pengenalan Allah, menundukkan semua fikiran supaya mematuhi Kristus.


Kebanyakan orang mempunyai sikap bahawa bekerja adalah sukar. Kita selalu mendengar "Thank God It’s Friday" tetapi kita jarang mendengar "Thank God It’s Monday." Fikirkan tentang kesan pemikiran ini tentang kerja kita apabila kita melihat hari Isnin hingga Khamis sebagai hari untuk bertahan sampai kita tiba di hujung minggu. Tidak hairanlah ramai orang mengalami kerja sebagai membosankan dan bukannya usaha yang menyeronokkan.


Kita boleh mengubah semua itu dan membantu kita mencari kegembiraan, makna dan tujuan dalam kerja kita, apabila kita bergantung kepada kuasa Roh Kudus dalam kerja kita. Ini secara natural menghasilkan minda yang positif supaya, bukan sahaja kita dapat menikmati kerja kita dengan lebih baik, kita secara natural mempunyai akses kepada kreativiti, tenaga dan kejelasan yang lebih besar yang membawa kepada hasil yang baik.


Alkitab memberitahu kita dalam Roma 12:2 (AVB) Janganlah ikut cara dunia, sebaliknya berubahlah menurut pembaharuan fikiranmu. Dengan demikian, kamu dapat memastikan apa kehendak Allah itu, apa yang baik, yang diredai-Nya dan yang sempurna.


Perbaiki pemikiran anda tentang kebaikan. Carilah yang terbaik, yang cemerlang dan perkara-perkara yang patut dipuji dan fikirkan tentang perkara itu, berbanding apa-apa yang negatif. Pilihan mudah ini akan membantu mewujudkan minda yang lebih positif setiap hari.


Tawan setiap pemikiran. Sedar apa yang kita fikirkan. Perhatikan pemikiran kita dan secara sedar berkomitmen untuk membawa fikiran tersebut untuk taat kepada Firman Tuhan.


Bersyukurlah. Kita akan sentiasa mempuyai sesuatu yang boleh disyukuri— seperti bahawa kita mempunyai pekerjaan, orang yang menyokong kita, kemahiran yang Tuhan telah kurniakan kepada kita dsb. Apabila kita memupuk sikap bersyukur, kita memupuk kesedaran tentang kehadiran Tuhan dalam pekerjaan anda.


Apakah yang anda akan lakukan untuk mempunyai perspektif baru tentang kerajaan Allah di tempat kerja?



Doa


Tuhan, bantulah saya untuk melihat pekerjaan saya melalui mata-Mu. Bantu saya untuk menjadi lebih sedar tentang pemikiran negatif yang mempengaruhi sikap saya di tempat kerja dan ajar saya untuk menjadikan fikiran saya patuh kepada-Mu. Saya bersyukur kepada-Mu, Tuhan Bapa, kerana Engkau menghendaki saya bekerjasama dengan-Mu dalam pekerjaan saya. Dalam nama Yesus. Amen.


Comments


bottom of page