'Melupakan apa yang di belakang dan berusaha mengejar apa yang di hadapan, aku berlari ke arah tujuan ...' (Filipi 3:12-21, ay.13-14).
Meditasi:
Seperti yang saya nyatakan semalam, saya dapati tiga perkara yang sering menghalang orang untuk meneruskan. Halangan pertama adalah ini: ketidakupayaan untuk melupakan kegagalan, kesilapan, ketidakbijaksanaan atau, untuk meletakkannya dalam bahasa sehari-hari, 'kesilapan memalukan' yang telah mereka dilakukan.
Saya sangat terkejut dengan bilangan orang yang saya temui yang telah melewati kesedihan yang besar dalam hidup (seperti kehilangan orang yang disayangi) tetapi tidak dapat memerangi rasa bersalah akan hal yang telah mereka lakukan sepanjang perjalanan hidup mereka.
Ada satu peristiwa, seorang wanita mengakui bahawa dua atau tiga kali seminggu dia akan menjadi panas apabila dia mengingati perkara bodoh yang dia lakukan semasa dia remaja. Dia telah hidup dengan ingatan ini selama lebih 30 tahun! Orang lain telah memberitahu saya bagaimana beberapa kegagalan atau komen yang tidak bijak menghalang langkah mereka, dan mereka tidak dapat mengingati kejadian ini tanpa rasa malu yang teruk.
Saya tertanya-tanya, adakah pada saat ini, saya bercakap dengan orang yang memorinya dipenuhi dengan perkara yang pernah dilakukan - sehinggakan tidak dapat melepaskan diri hal tersebut?
Inilah nasihat saya kepada anda: lupakannya, dan belajar memaafkan diri sendiri. Anggaplah bahawa tidak ada niat jahat (jika ada, perkara itu datang dalam kategori yang akan kita lihat kemudian), letakkan semuanya di belakang anda sekarang. Kita semua pernah terjatuh, mugkin sekali atau lebih. Saya sedar bahawa saya pernah melakukan kesilapan dan mengatakan beberapa hal yang bodoh, tetapi saya telah belajar daripada semua itu dan belajar melaluinya.
Jika saya mahu saya boleh membuat senarai panjang, tetapi tidak ada gunanya. Merenung kesilapan anda hanya akan mencemarkan iman anda, melumpuhkan potensi anda dan memusnahkan impian anda. Perlumbaan di hadapan menuntut kecergasan rohani yang terbaik. Allah hilangkan beban yang menghalang kemajuanmu. Singkirkan semuanya sekarang.
Ayat-ayat berkaitan:
1 Tim.1:12-17;
Titus 3:3-8
Doa:
Bapa, berilah saya keberanian untuk meletakkan di tangan-Mu apa sahaja yang menghalang kemajuan saya dalam perlumbaan yang ditetapkan di hadapan saya. Bantu saya melepaskan perkara-perkara di masa lalu saya yang perlu diselesaikan, dan gerakkan saya ke tahap yang baharu bersama-Mu. Dalam nama Kristus. Amin.
Rev. Gerawat Maran
Comments