Bacaan Alkitab : Matius 6 :5-15
“Tetapi kamu, masuklah ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi dan akan memberikan ganjaran kepadamu”. Matius 6:6
Berdoa tidak berbicara tentang tempat, tidak berbicara tentang dengan siapa kita berdoa, tidak berbicara tentang lantangnya dan baiknya cara kita berdoa, tidak juga berbicara tentang dilihat orang atau tidak, tetapi berdoa itu adalah hubungan peribadi kita dengan Tuhan. “masuklah ke bilik dan tutuplah pintu” adalah suatu bentuk tindakan pengasingan peribadi yang diminta oleh Tuhan Yesus sendiri. Ertinya berdoa itu adalah hubungan orang-orang percaya secara peribadi dengan Allah.
Bahan Doa
1. Doakan kepimpinan tertinggi SIB Sabah.
Presiden SIB Sabah: Rev. Datuk IR.Jerry Dusing
Timbalan Presiden SIB Sabah : Rev. Agong Sakai
Setiausaha Agung SIB Sabah : Rev. Thenny M.Ali
Bendahari Agung SIB Sabah: Rev. Edwin Tupoloh
2. Doakan kepimpinan tertinggi SIB Semenanjung.
Presiden SIB Semenanjung: Rev. Simon Petrus Markus
Timbalan Presiden SIB Semenanjung : Rev. Lukas Gelawat
Setiausaha SIB Semenanjung : Pr. David Ukong
Bendahari SIB Semenanjung : En. Daniel Siew
3. Doakan Kepimpinan tertinggi BEM Sarawak.
Presiden BEM Sarawak: Rev. Bina Agong
Timbalan Presiden BEM Sarawak : Rev. Dr. Henry Padin
Setiausaha Agung BEM Sarawak : Eld. Stanley Sigar Arun
Bendahari Agung BEM Sarawak : En. Mat Amat
Doakan supaya melalui kepimpinan tertinggi SIB/BEM ketiga-tiga wilayah di seluruh Malaysia, Tuhan akan memberikan Visi dan Misi kepada mereka untuk membawa gereja Tuhan ini melangkah sebagai satu tubuh Kristus yang sentiasa bertumbuh dan memuliakan Allah dalam segala hal.
Doa Puasa Kebangsaan 31 Hari, Sidang Injil Borneo (SIB/BEM)
(Sabah, Sarawak, Semenanjung)
Kommentare