top of page

Membiarkan Dosa Dalam Hati Kita


“…Andaikata aku membiarkan dosa dalam hatiku, pasti Tuhan tidak akan mendengar aku.,..” Mazmur 66:18


Pemazmur berkata kepada kita bahawa sekiranya dia membiarkan dosa berkuasa didalam hatinya atau dia melihat ada kejahatan di dalam hatinya tetapi dia tidak mengakuinya, maka Tuhan pasti tidak akan mendengarkan doanya.


Hal ini bermakna bahawa “..dosa adalah halangan doa..” dengan kata lain dosa adalah penghalang untuk Tuhan mendengarkan doa kita. Oleh itu sekiranya ada dosa (niat jahat dalam hati kita atau hati kita berpaling kepada kejahatan), maka akuilah dihadapan Tuhan.


Sebab apabila kita mengakui dosa kita kepada Tuhan Yesus, Dia yang menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil, akan mengampuni dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah.


Oleh itu kita harus menjaga hati kita sentiasa suci dihadapan Tuhan dengan membiarkan Roh Tuhan terus menguasai hati kita. Oleh kerana Tuhan adalah Tuhan yang suci maka Dia tidak mengingin dosa bertakta dalam hati kita.


Itulah sebabnya pemazmur berkata kepada kita bahawa sekiranya kita membiarkan dosa ada didalam hati kita, maka Tuhan pasti tidak akan mendengar kita. Dengan itu kita harus membuang segala halangan (dosa) yang menghalang kita.


Datanglah kepada Tuhan, akuilah segala dosa kita, tanamlah kebenaran Firman Tuhan dalam hati kita dengan membiarkan kebenaranNya berkuasa dalam hati kita.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon penyucian daripada dosa saya, saya mengakui bahawa saya berdosa, ampunilah saya Tuhan. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page