top of page

Membina Semula Mezbah Kita


Bacaan Alkitab: Ester 8-10;

Ayub 1-7


Tuhan berkata tidak ada orang yang seperti Ayub di bumi! Wah, Tuhan sangat bangga dengan anak-Nya.


Tercatat di syurga bahawa Ayub adalah seorang yang tidak bercela dan tulus, seorang yang takut akan Tuhan dan menjauhi kejahatan. (Ayub 1:8; 2:3)


Mazmur 15 menyatakan ciri-ciri orang yang jujur dan benar.


Bagaimanakah kita boleh mencapai hal ini? Apabila kita tinggal di dalam Dia dan Dia di dalam kita (Yohanes 15). Tinggal di dalam Dia adalah kekal di hadirat-Nya. Ia seperti pakaian bulu apabila bulu itu dengan tenunan yang rumit menjadikan satu baju panas yang cantik. Satu lubang atau koyakan boleh merosakkan keseluruhan tenunan. Keintiman tidak boleh dikompromi.


Contoh terbaik untuk tinggal di dalam Dia adalah membina bagi-Nya sebuah mezbah kasih di mana kita dengan rela mencurahkan hati kita dalam penyembahan, membaca beberapa bahagian Firman, berdoa dan merenungkan apa yang Tuhan katakan. Di hadapan-Nya, dosa-dosa kita didedahkan, membawa kita kepada pertaubatan dan menikmati masa yang menyegarkan (KPR 3:19). Ia adalah mengenai bersekutu dengan-Nya setiap hari. Tiada yang begitu indah selain menikmati manna segar yang kita langsung terima setiap hari.


Sememangnya, ini adalah tentang meluangkan masa kita bersama dengan Tuhan kita, kekasih jiwa kita.


Tetapi kamu mungkin berkata bahawa Ayub diuji melampaui batas. Ayub 1 dan 2 menunjukkan kepada kita tahap peperangan rohani yang berbeza. Tinggal di dalam Dia membantu kita menang apabila kita diuji. Semoga Tuhan berbangga dengan kita.


Mangkuk pijar untuk perak dan relau untuk emas, tetapi Tuhan menguji hati. (Amsal 17:3 AVB)


Doa:

Tuhan Yesus, berbahagialah yang masuk ke dalam hadirat-Mu, karena di hadirat-Mu ada kebebasan, sukacitayang penuh, istirahat, masa penyegaran dan kemuliaan. Berikanlah kami keinginan yang suka memandang wajah-Mu supaya kami mendapat penghiburan dankekuatan semasa kami tinggaldi dalam-Mu. Amin!


Nicole Tang, NECF




Comments


bottom of page