Bacaan Alkitab: Nehemia 11-13; Ester 1-7
Salah satu perkara yang kita pelajari daripada kitab Ester ialah tentang panggilan. Seorang gadis yatim piatu, dilahirkan cantik, terpanggil untuk menjadi ratu Parsi. Salasilahnya dari Yahudi mengajar dia tentang kuasa, makna dan keberkesanan puasa dan doa. Semasa dia meminta untuk berpuasa mutlak di kalangan komunitinya, paggilannya mula terbentuk, membawanya ke satu kedudukan kuasa dan autoriti yang melaluinya dia dapat bekerjasama dengan bapa saudaranya Mordekhai untuk membatalkan rancangan musuh dan membebaskan orang Yahudi daripada kemusnahan.
Kita bukan sahaja wujud. Tuhan telah menulis segala sesuatu tentang kamu dalam kitab-Nya di syurga, bahkan sebelum lahir Dia menciptakan kamu dalam rahim ibumu (Mazmur 139). Apa yang tertulis tentang gadis yatim piatu ini dan bapa saudaranya menjadi kenyataan. Kita semua mempunyai panggilan dan begitu juga dengan bangsa ini. Tetapi bagaimana kita tahu apa yang tertulis dalam kitab- Nya? Kita perlu mencari Dia dan salah satu cara untuk melakukannya ialah berpuasa dan berdoa.
Yesus berpuasa dan berdoa. Apabila kita berpuasa, kita menafikan keinginan untuk makan, hiburan dan menutup bunyi bising di luar sana. Kita memilih untuk mati terhadap keinginan yang memperhambakan kita dan untuk memupuk kesabaran dan kawalan diri yang seterusnya membentuk watak kita. Puasa membolehkan kita mendengar Dia. Puasa harus menjadi gaya hidup orang beriman. Tuhan memampukan kita apabila kita mengizinkan Dia. Sambil kita terus berpuasa dan berdoa untuk Negara kita, marilah kita meminta Tuhan untuk mendedahkan rancangan-rancangan yang boleh mengalahkan kuasa kegelapan di negara ini.
Doa:
Tuhan Yesus, itu bukan jalan kami, tetapi Jalan-Mu. Ini bukan fikiran kami, tetapiFikiran-Mu. Kerana semasa kami mencaripanggilan untuk bangsa ini, kami benar-benar mencari Kehendak-Mu dan Degupan Jantung-Mu untuknya.Ajarlah kami sekarangbagaimana berdoa untuk bangsa kami yang tercinta, dan penuhilah kami dengan kasih sayang, pengampunan, belas kasihan, simpatidan rahmat yang mengalir dari takhta surgawi-Mu. Amin!
Nicole Tang, NECF
Comments