top of page

Memelihara Warisan Keturunan Ilahi


Amsal 3:11-12

3:11 Hai anakku, janganlah engkau menolak didikan TUHAN, dan janganlah engkau bosan akan peringatan-Nya. 3:12 Karena TUHAN memberi ajaran kepada yang dikasihi-Nya, seperti seorang ayah kepada anak yang disayangi.


Memelihara dan menjaga sebuah nilai warisan Ilahi yang sudah dibentuk adalah sebuah tuntutan dan wajib.Ia bukan perkara yang menuntut 2 pilihan iaitu ya dan tidak..tetapi pilihannya harus YA.Ini bermakna setiap individu yang sudah mengenal kebenaran dan keselamatan melalui kematian Tuhan Yesus Kristus perlu menanamkan satu nilai dimana, setiap individu harus dipertahankan iman dan nilai hidup sebagai anak Kristus sampai ke penghujung usianya.Oleh itu setiap kelompok individu bermula dari ahli keluarga kita,komuniti,gereja dan masyarakat harus bertanggungjawab mempertahankan setiap nilai dan pengajaran tentang kebaikan Tuhan kepada orang -orang sampai keakhirnya.Memelihara warisan ini harus teladani kerana ini adalah warisan yang abadi.


Renungan.

1).Sejauh mana kita dapat berfungsi sebagai pemelihara warisan Ilahi?

2).Apakah bentuk warisan yang kita telah turunkan kepada individu khususnya ahli keluarga,komuniti dan gereja sesuai dengan apa yang Tuhan firmankan.?

3).Apakah tindakan dan respon ketika kita melihat warisan yang kita telah bina mula goyah.


Bahan doa.

1).Punya hati yang sentiasa terbuka dan bersedia untuk menjadi pemelihara warisan Tuhan dan memikul tanggungjawab.

2).Ada kerinduan untuk sentiasa memperbaiki diri dan mencari peluang untuk mencari warisan Ilahi.

3).Berdoa supaya gereja kita berfungsi sebagai tempat untuk menghasilkan warisan abadi dengan sokongan oleh setiap pemimpin.


Baklin

Comments


bottom of page