top of page

Memuji Tuhan kerana BimbinganNya


“...Aku memuji TUHAN kerana Engkau membimbing aku, pada waktu malam suara hatiku mengajar aku.., Maz 16:7


Pemazmur berkata bahawa dia sentiasa memuji-muji TUHAN sebab melalui firman dan Roh-Nya, Tuhan telah memberikan nasihat kepadanya, iaitu nasihat yang menjadikan Tuhan sebagai warisan dan sukacita hidupnya.


Allah memberikannya nasihat dan bimbingan sepanjang malam, itulah sebabnya dia terus mengucap syukur kepada Allah. dengan bimbingan Allah maka dia mampu untuk mengambil pilihan yang bijak dan penuh dengan sukacita.


Bagaimanakah dengan diri kita pada hari ini, apakah yang mendorong anda untuk terus mengucap syukur kepada Tuhan? apakah anda mengucap syukur kerana bimbing Allah yang anda terima sepanjang hidup anda.


Ingat bagi orang yang memiliki Allah sebagai bahagian hidup peribadinya akan diberikan kebijaksanaan untuk membolehkan dirinya melakukan apa yang harus dia lakukan bagi hidupnya menurut kehendak Tuhan.


Dengan itu marilah kita terus memuji TUHAN atas nasihat dan bimbingan yang dia telah berikan kepada kita. Sebab jika Tuhan bahagian hidup kita maka kita akan merasa tenang dan aman sentiasa. Sebab dia yang membimbing kita.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu dan menyerah seluruh hidup saya kepadaMu. Bimbinglah saya dalam semua jalan saya, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page