top of page

Memulai Yang Baru


"Tetapi ibu Yesus berkata kepada pelayan-pelayan: "Apa yang dikatakan kepadamu, buatlah itu ! " (Yohanes 2: 1-11, perenggan ke 5).


Renungan:


Kita harus mempertimbangkan tentang kepentingan untuk berfikiran terbuka sebagai orang Kristian dan bertanya kepada diri kita, bagaimana kita boleh menghentikan tabiat yang berfikiran cetek dan menjadi orang yang berfikiran terbuka?


Pertama, kita harus buang segala negativiti. Berdoalah tentang hidup mu untuk melihat sekiranya terdapat beberapa bahagian dalam hidup mu yang mempunyai sikap negatif. Bahagian ini sememangnya bukan mudah untuk dicari kerana kita semua mempunyai titik buta. Titik buta ini dikelilingi dengan benteng pertahanan yang kita bina berdasarkan rasionalisasi. Ketepikanlah benteng pertahanan ini dan buang segala kenegatifan yang ada di dalamnya.


Kedua, kita harus berhenti sikap menyalahkan orang lain akan kesusahan yang kita alami. Orang lain mungkin menyalahkan kamu dengan apa telah terjadi kepadamu namun pertimbangkanlah bahawa kamu juga mungkin menyumbangkan kepada kesusahan mu sendiri kerana reaksi mu yang salah - contoh reaksi adalah marah, dendam dan kasihan diri.


Ketiga, gantikan segala sikap negatif dengan sikap positif. Paul mengatakan dalam Roma 12: 21, bahawa cara untuk mengatasi kejahatan adalah dengan menggantikannya dengan positif. Sebagai contoh, sekiranya salah satu tabiat kamu dalam bertindak balas secara negatif dalam apapun cadangan yang diberikan, berhenti sebentar sebelum bertindak balas untuk melihat sekiranya cadangan itu boleh di respon secara positifnya. Salah satu ketua eksekutif yang saya kenal selalu mengakhiri mesyuaratnya dengan sebuah nota positif. Dengan itu, kita dapat melihat bahawa dia mengikuti contoh yang Tuhan berikan. Orang farisi mengkritik Dia, kerana Dia makan bersama pemungut cukai dan orang yang berdosa (Lukas 15:1-2). Itu sangatlah negatif. Adakah Tuhan bertemu dengan negatif dengan negatif? Tidak, Tuhan memberitahu tiga perumpamaan iaitu biri-biri yang hilang, syilling yang hilang dan anak lelaki yang hilang - Ini adalah sebuah kebenaran yang positif bahawa Tuhan ingin menyelamatkan. Kesudahan yang Tuhan adakan adalah secara positif dalam situasi yang negatif. Maka dengan itu, kamu juga boleh.


Pelajaran selanjutnya:


Nehemia 4:1-23;

Filipi 4:8


Doa: Oh Tuhan, adanya peluang seluas lautan di hadapan saya; ampuni saya sekiranya saya berpaut akan anak sungai. Sekarang saya mahu memulai sesuatu yang baru. Tunjukkanlah kepada saya, apa yang Kau ingin ku perbuat dan akan ku lakukan. Dalam nama Yesus, Amin.


Rev Gerawat Maran


コメント


bottom of page