top of page

Menantikan Tuhan Pembela


Bacaan Alkitab: Yesaya 25-34


Kata-kata para nabi membawa penghiburan yang besar kepada umat Tuhan yang berseru kepada-Nya apabila Kerajaan Yehuda diserang oleh musuh-musuh mereka, dan apabila pemerintah dalaman mereka didapati korup. Para nabi terus berusaha menyedarkan umat Tuhan untuk kembali kepada pengetahuan-Nya. Sebab Tuhan adalah adil dalam pemerintahan-Nya, dan Dia memerintah dengan adil. Oleh itu, bukan sahaja umat Tuhan akan melihat Dia, mereka juga akan mendengar suara-Nya berbicara kepada bangsa-bangsa. Kemudian, umat Tuhan akan mengetahui bahawa Dia berdaulat dan berkuasa, dan bahawa Dia layak untuk dipuji! Mereka pasti akan zahirkan nyanyian dan mengisytiharkan kubu yang tidak tergoyahkan yang mereka miliki di dalam Tuhan!


Tuhan akan memberikan kasih anugerah kepada kita. Apabila kita terperangkap dalam persekitaran kita, dan menjadi lemah dan tidak berdaya, kita harus tahu bahawa Tuhan akan melimpahkan kasih anugerah-Nya kepada kita. Tuhan pasti akan bangkit dan menunjukkan belas kasihan kepada kita apabila kita berpaling dan percaya kepada- Nya dengan teguh apabila dalam kesusahan.


Semoga Tuhan menyatakan kepada kita lebih banyak lagi kehendak- Nya untuk negara kita semasa kita berdoa, supaya hati kita tetap tekun berdoa. Semoga kuasa Tuhan Yesus menjadi perlindungan kita. Semoga kita menikmati keamanan dan kestabilan di dalam Dia. Berbahagialah mereka yang menantikan Dia!


Doa:

Kuatkanlah hati kami, ya Tuhan! Semoga Engkau membuka mata kami, supaya dengan iman kami melihat diri kami tinggal di hadapan-Mu di negeri yang luas yang akan Engkau berikan kepada kami. Sembunyikanlah kami dalam ketenangan-Mu dan semoga kepercayaan kami di dalam Mu tetap teguh kerana Engkau akan memberi kami damai! Dalam nama Yesus kami berdoa. Amin!


Pr Grace Lee, NECF



Comentarios


bottom of page