top of page

Menantu yang Mengasihi Ibu Mertuanya Akan Memberikan Hidup yang Baru dan Jaminan

Rut 4:13-15 (BM)

Kemudian Boas membawa Rut pulang sebagai isterinya. TUHAN memberkati Rut dan dia mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki. Kaum perempuan di tempat itu berkata kepada Naomi, "Pujilah TUHAN! Hari ini, Dia telah memberi kamu seorang cucu untuk memelihara kamu. Semoga anak ini terkenal di Israel kelak. Menantumu yang mengasihi kamu telah memperlakukan kamu lebih baik daripada tujuh orang anak lelaki. Sekarang dia telah memberi kamu seorang cucu yang akan memberikan hidup yang baru kepadamu, dan menjamin hari tuamu."


Pengajaran/Refleksi

Hari ini, Firman Tuhan mengajar kita:

  1. Untuk mengasihi mertua perempuan seperti yang dilakukan oleh Ruth. Dia tetap mengasihi ibu mertuanya meskipun suaminya telah meninggal. Ruth memperlakukan Naomi lebih baik daripada tujuh orang anak lelaki.

  2. Tuhan memberkati Ruth dengan seorang anak lelaki yang akan memberikan hidup baru kepada neneknya dan menjamin hari tuanya, memberi pengharapan kepada keluarganya.


Perbuatan Ruth yang sungguh mengasihi ibu mertuanya menghasilkan kehidupan baru dan jaminan untuk masa tua dia dan ibu mertuanya. Itulah yang dilakukan oleh Tuhan Yesus di dunia ini, supaya umat-Nya mendapat kehidupan yang baru dan jaminan masa depan. Berharaplah sepenuhnya kepada Yesus Kristus dalam hidup kita.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin!


Rev. Ali Langgit

Комментарии


bottom of page