Selepas pekerjaan Penciptaan Tuhan, Kejadian 2:2 memberitahu kita, “Setelah Allah siap menyelesaikan kerja penciptaan-Nya pada hari ketujuh itu, Dia pun beristirahat daripada segala pekerjaan yang telah dibuat-Nya itu”
Selepas Tuhan menciptakan Adam, Adam segera menerima tugas pertamanya untuk mengusahakan taman itu (Kejadian 2:15). Bekerja adalah satu rahmat, tetapi dosa memberi kesan kepada kerja (duri, tekanan, kecurangan dan sebagainya). Syukurlah, Yesus bukan sahaja menebus kita melalui kematian dan kebangkitannya, dia juga menebus pekerjaan kita.
Kita haruslah memberikan yang terbaik di dalam pekerjaan kita kerana itu adalah kita melayani Tuhan dan bukan manusia.
Kolose 3:23 (AVB) 23 Lakukan segala kerja dengan sebulat hatimu untuk Tuhan, bukan untuk manusia, 24 kerana kamu tahu bahawa daripada Tuhan kamu akan menerima warisan sebagai ganjaranmu. Kristus ialah Tuanmu dan kamu hamba-Nya.
Maksudnya, untuk menjadi pelayan Tuhan, kita adalah sama di tempat pekerjaan kita dan sama di gereja. Kita mungkin adalah seorang kerani di pejabat dan pemimpin pujian di gereja. Tetapi, kita adalah orang yang sama tetapi berbeza fungsi dan tugasnya di dalam pelayanan di marketplace dan pelayanan di gereja. Kedua-duanya adalah disatukan di dalam kita. Kerana pekerjaan adalah sakred (suci) dan tubuh saya adalah Bait Suci Roh Kudus. (Temple of the Holy Spirit)
Pekerjaan adalah ibadah kita kepada Tuhan. Perkataan Ibrani “work” and “worship” atau “pekerjaan” dan “ibadah” adalah datangnya daripada perkataan yang sama iaitu “avodah”
Apabila alkitab menyatakan di dalam keluaran .. “Hendaklah kamu bekerja selama enam hari, tetapi hendaklah kamu berhenti pada hari ketujuh,”... perkataan asli bekerja di sini ialah “avodah.”
Apabila Musa berkata kepada Firaun, “"Izinkanlah umat-Ku pergi, supaya mereka dapat beribadat kepada-Ku”.... Perkataan asli ibadat, atau worship di sini ialah “avodah”
Jadi saudara pekerjaan adalah avodah, ibadah adalah avodah di dalam bahasa aslinya.Bermaksud, pekerjaan adalah ibadah kita kepada Tuhan.
Setiap daripada kita diciptakan oleh Tuhan untuk pekerjaan tertentu yang Tuhan sediakan untuk kita lebih awal (Efesus 2:10) dan kita masing-masing diberikan dengan kurnia khusus yang membolehkan kita menyumbang kepada fungsi keseluruhan tubuh Kristus (Roma 12:4-8). Dari perspektif Tuhan, satu pekerjaan tidak lebih baik atau lebih penting daripada yang lain.
Kita harus mengubah pemikiran kita dan postur kita, dengan menyatakan bahawa kerja kita adalah ibadah kepada Tuhan. Work is worship.
Kita dicipta untuk tujuan: Tuhan telah mencipta dan memberkati kita dengan kemahiran khusus supaya kita boleh memberkati orang lain melalui kerja kita.
Kita bekerja untuk Tuhan: Tidak kira siapa bos kita, ingatlah bahawa keredhaan Tuhanlah yang akhirnya penting untuk kita cari.
Letakkanlah keperluan orang lain di atas keperluan kita sendiri: Kerendahan hati bukanlah meremehkan diri kita sendiri, tetapi memikirkan diri kita kurang, dengan melihat bagaimana kita boleh melayani orang lain.
Apakah yang boleh kita lakukan untuk menjadikan kerja anda sebagai ibadah?
Doa
Bapa, terima kasih atas pekerjaan yang telah Engkau berikan kepada saya dan keistimewaan untuk melakukan pekerjaan saya dalam perkongsian dengan-Mu demi kemuliaan-Mu. Bantulah saya untuk menggunakan kemahiran saya sebagai ibadah kepada-Mu dan dalam pelayanan kepada-Mu dan orang lain. Dalam nama Yesus. Amen.
Comments