top of page

Mencipta Sikap


'...kita juga bersukacita dengan penderitaan kita, kerana kita tahu bahawa penderitaan membina ketabahan.' (Roma 5:1-11, ayat 3).


Renungan:


Satu lagi alasan mengapa kita boleh bersukacita apabila kehendak Allah membawa kita melalui masa-masa sukar adalah kerana buah-buah yang baik dari sikap yang mana pengalaman ini telah membangunkan dalam diri kita. Seorang penyair meluahkan seperti ini: 'Ah kesusahan, bagaimana ia memahat dan mengukir dan membentuk jiwa.'


Di sebuah gereja yang mana saya pernah menjadi pendeta, terdapat seorang diakon yang sikapnya tidak terbanding. Kesemua sembilan sifat buah Roh nampaknya mengalir keluar darinya: kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, lemah lembut dan penguasaan diri (Gal. 5:22). Suatu hari saya bertanya kepadanya bagaimana dia dapat menunjukkan sikap Kristus dalam setiap situasi. Pada mulanya dia enggan untuk membuka diri, tetapi apabila dia melakukannya, kisahnya menggoncangkan saya hingga ke dasar hati.


Ayahnya adalah seorang lelaki mabuk yang setiap malam sabtu akan pulang dari minum-minum dengan kawannya dan menghalau keluarganya keluar dari rumah, memaksa mereka menginap dengan jiran. Kemudian dalam hidupnya, setelah lelaki ini menjadi seorang Kristen, dia mengalami rangkaian bencana yang sukar untuk diimajinasikan. Namun inilah yang dikatakannya: 'Tuhan telah memberi saya anugerah dalam setiap situasi, anugerah yang membolehkan saya mengatasi segala yang berlaku dengan lebih daripada mampu.' Apa yang kamu maksudkan dengan "lebih daripada mampu"?' saya bertanya. 'Sentiasa ada anugerah tersedia,' katanya, 'bukan hanya untuk menangani situasi tetapi untuk bersukacita di dalamnya.'


Saya sering memikirkan tentang lelaki itu, kini dalam kemuliaan, dan bagaimana dengan kemahiran dan seni yang sempurna Tuhan anyam di dalam hidupnya, melalui kesulitan yang dia alami, corak keindahan Kristus. Beberapa sifat hanya muncul melalui pengalaman kesedihan.


Renungan Lanjut:


2 Kor. 12:7-10;

Yakobus 1:1-4


Doa:

Bapa, jalan mana pun yang Engkau pilih untuk saya lalui, moga saya, seperti lelaki yang menyerupai Kristus yang saya baca hari ini, mendapati jiwa saya dipahat, diukir dan dibentuk. Dalam nama Yesus. Amin.


Rev Gerawat Maran


コメント


bottom of page