“…Aku akan membawa korban ke Rumah-Mu; aku akan menepati janjiku kepada-Mu,.....” Mazmur 66:13
Pemazmur telah berseru kepada orang yang lain untuk menyanyikan puji-pujian kepada Tuhan, dan untuk bersorak-sorai di dalamnya, tetapi, namun bagi dirinya sendiri dia bertekad untuk melakukan yang lebih jauh, dan dia akan memuji Allah,
Pemazmur berkata bahawa dia akan membawa korban ke Rumah Tuhan dan menepati janjinya kepada Tuhan. Menurut hokum Taurat persembahan korban merupakan sesuatu yang berharga, sebab mempersembahkan korban kepada Tuhan akan mendatangkan kehormatan kepada Allah.
Sebab tidak semua orang mampu untuk mempersembahkan korban-korban atau rela untuk membayar harga yang sedemikian mahal untuk memuji Tuhan. Tetapi bagi pemazmur sendiri, dia mampu dan rela untuk membayar harga yang mahal untuk memberikan penghormatan kepada Tuhan.
Oleh kerana pemazmur telah berjanji kepada Tuhan untuk mempersembahkan korban bagi penghormatan Tuhan. Maka dia melakukannya untuk menepati janjinya kepada Tuhan dengan membayar harganya.
Bagaimana dengan diri kita apakah kita mampu dan rela untuk memberikan persembahan kita untuk penghormatan Tuhan kita? Apakah janji kita selama ini kepada Tuhan apakah kita telah menepatinya?
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, agar Tuhan mengajar saya untuk terus melakukan apa yang telah saya janjikan dalam hidup saya. Sekiranya saya tidak menggenapi janji saya ampuni saya Tuhan. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments