top of page

Mengambil Berat Terhadap Orang Yang Tidak Berdaya


“…Berbahagialah orang yang mengambil berat terhadap orang yang tidak berdaya; TUHAN akan menolong mereka ketika mereka dalam kesusahan.…” Mazmur 41:2


Pada saat ini pemazmur sedang terbaring oleh kerana sakit, didalam keadaan yang sangat sukar ini, pemazmur berkata kepada kita bahawa kebaikan dan kebenaran Tuhan itu yang menjadi penghibur dan kekuatan bagi diri.


Pemazmur sungguh-sungguh merasa terhibur didalam persekutuannya dengan Allah sewaktu dia sedang didalam kesakitan. Dia menemui penghiburan daripada Tuhan oleh kerana dia berpegang pada janji-janji Tuhan bagi dirinya.


Dengan itu pemazmur memperingatkan sahabat-sahabatnya yang sentiasa bersikap baik terhadap dirinya dan sangat memperhatikan keadaannya yang sedang menderita oleh kerana sakit ini. oleh kerana mereka memperhatikan dirinya yang lemah maka Tuhan memberkati mereka.


Oleh itu pemazmur memperingatkan kita bahawa setiap apa yang kita lakukan terhadap mereka yang lemah, Tuhan berjanji akan menolong mereka keluar daripada kesulitan yang sedang mereka alami..


Dengan itu memperhatikan orang miskin atau lemah tidak akan merugikan diri kita, sebab Tuhan berjanji akan menolongnya ketika dia didalam kesusahan. Dia juga akan melindungi dan memeliharanya, membahagiakan, tidak akan menyerahkan mereka kepada musuh mereka.


Oleh itu janganlah jemu untuk berbuat baik terhadap orang yang lemah, yang ada disekeliling kita pada hari ini. Sebab segala sesuatu yang kita lakukan bagi orang yang lemah oleh kerana Tuhan pasti tidak akan menjadi sia-sia


Doa: Bapa yang di surga, ajar saya untuk peka terhadap orang-orang yang lemah, yang ada disekeliling saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page