top of page

Mengapa Alkitab Itu Harus Digali?



Mesej seluruh Alkitab adalah tentang kasih kurnia TUHAN Allah dalam Tuhan Yesus Kristus.


Dari kitab Kejadian sampai ke Wahyu mesej Alkitab secara tersurat dan tersirat bercakap tentang berita Injil (khabar baik) Kerajaan Allah. Berita Injil itu adalah jalan keselamatan dari hukuman dosa dan neraka kekal oleh kematian Yesus Kristus di salib, penguburan dan kebangkitan-Nya dari kematian (Kejadian 3:15,Yohanes 3:14-17, Bilangan 21:4-9, Yesaya 53,1 Korintus 15:1-5).


Mulanya saya tidak yakin dengan kebenaran Alkitab/Bible. Saya seperti ramai orang berfikir bahawa Alkitab sudah tidak asli lagi. Alkitab sudah diubah kata guru dan kawan-kawan. Saya terpengaruh dengan kata-kata mereka. Saya tidak percaya, saya tidak mahu baca Alkitab. Begitulah sikap saya pada mulanya.


Tetapi pada satu hari saya berfikir, “Apa sebenarnya yang salah dalam Alkitab?” Saya berfikir begitu sebab teringat Bible saya yang dibakar (Ini pernah saya ceritakan dulu. Pertanyaan itu membuatkan saya mahu membaca Alkitab untuk mencari kesalahan di dalamnya. Maka saya mula membaca bermula dari lembaran pertama dan bertekad mahu membaca Alkitab sehingga lembaran terakhir di kitab Wahyu.


Di awal pembacaan, saya tertarik dengan janji TUHAN dalam Kejadian 3:15. Saya baca dan terus membaca untuk mencari penggenapan janji itu tetapi habis membaca kitab Maleakhi janji itu belum juga dijumpai. Saya juga sangat tersentuh dengan cerita Yusuf (Kejadian 37-45) yang dianiaya oleh adik-beradiknya tetapi Yusuf tidak berdendam melainkan tetap mengasihi mereka dan telah mengampuni mereka. Yusuf dijual mereka sebagai hamba kepada bangsa lain akibat cemburu dan mereka berbohong kepada bapa mereka Yakub dengan mengatakan Yusuf telah mati di makan binatang buas. Tetapi tangan TUHAN yang tidak kelihatan telah menyertai dan membimbing Yusuf sehingga dia menjadi Perdana Menteri di Mesir dan menjadi keselamatan bagi seluruh keturunan Yakub (Israel) apabila kelaparan melanda di zaman itu.


Apabila membaca sampai ke Perjanjian Baru iaitu di Matius 1:1, saya mula melihat mesej Alkitab adalah tentang Yesus Kristus, Anak Raja Daud dan anak Abraham. Dan apabila sampai di peristiwa penyaliban di mana Yesus berkata, “Bapa ampuni mereka sebab mereka tidak tahu apa yang mereka perbuat.”, saya teringat pada Yusuf yang mengampuni adik-beradiknya! Saya pun faham! Alkitab adalah tentang kasih dan pengampunan TUHAN dalam Kristus Yesus! Saya bukan menemukan kesalahan yang saya cari, tetapi saya bertemu kebenaran TUHAN dalam Alkitab! Puji Tuhan! Di sinilah titik permulaan saya menjadi seorang percaya dan pengikut TUHAN.


Bah! Marilah kita membaca dan menggali Alkitab dan temukanlah kebenaran Firman TUHAN di dalamnya tentang kasih kurnia TUHAN Allah dan jalan pengampunan dan keselamatan dalam Firman Allah yang telah menjadi manusia, Tuhan Yesus Kristus yang berkata kepada setiap kita pada hari ini, “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.” (Yohanes 14:6).


Bah! Marilah kita menggali Alkitab. Mari menggali Alkitab sebab di dalammya ada yang lebih indah daripada emas tua dan ada yang lebih manis daripada madu dan macam-macam lagi harta dan kenikmatan yang kekal yang kita dapat perolehi dan nikmati yang tidak diberikan oleh dunia ini.


Marilah menggali Alkitab sebab ada tertulis,

“(8)Taurat TUHAN itu sempurna,

menyegarkan jiwa;

peraturan TUHAN itu teguh,

memberikan hikmat kepada orang yang tak berpengalaman.

(9)Titah TUHAN itu tepat,

menyukakan hati;

perintah TUHAN itu murni,

membuat mata bercahaya.

(10)Takut akan TUHAN itu suci,

tetap ada untuk selamanya;

hukum-hukum TUHAN itu benar,

adil semuanya,

(11) lebih indah dari pada emas,

bahkan dari pada banyak emas tua;

dan lebih manis dari pada madu,

bahkan dari pada madu tetesan dari sarang lebah.

(12) Lagipula hamba-Mu diperingatkan oleh semuanya itu,

dan orang yang berpegang padanya mendapat upah yang besar.

(Mazmur 19:8-12) 8Ajaran-ajaran TUHAN benar, menggembirakan hati.

Perintah TUHAN suci, memberi pengertian.

9Takut akan TUHAN itu murni,

kekal selama-lamanya.

Penghakiman TUHAN adil dan benar sepenuhnya.

10Segalanya lebih berharga daripada emas,

ya, daripada emas tulen;

dan lebih manis daripada madu,

madu daripada sarangnya.

11Dengannya hamba-Mu diingatkan;

dan sesiapa mematuhinya mendapat ganjaran besar.

12Siapakah yang dapat memahami kesalahan sendiri?

Bersihkan aku daripada kecelaan tersembunyi.


Oleh Pr Jubilie Apin Sumber : Facebook Pena Rajawali II

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page