top of page

Mengapa Harus Berpuas Hati dengan Seorang Ismael Jika Anda dapat menunggu Ishak Anda?

Mengapa harus berpuas dengan seorang Ismael jika Anda dapat menunggu Ishak Anda?


Tidak. Tolong. Jangan. Mudah Berpuas Hati.


Gadis muda, berdoalah untuk seorang lelaki yang akan membawamu lebih dekat dengan Tuhan, bukan menjauh dari-Nya. Lelaki yang tepat akan menjadi inspirasi bagi kamu, dan bukannya gangguan bagi pertumbuhanmu. Berdoalah untuk seorang lelaki yang akan terlebih dahulu mengejar keintiman dengan Penciptanya. Kerana dia tahu bahawa hubungan yang sedia ada pun tidak dapat melengkapinya tanpa Yesus dalam hidupnya. Anda tidak perlu menjadi pelengkapnya, kerana anda sudah pun utuh dan lengkap di dalam Tuhan.


Berdoalah untuk seorang lelaki yang lebih memilih untuk mencintaimu dari jauh dan melindungi kemurnian dan kesaksian Anda dihadapan Tuhan, daripada terburu-buru menuruti hormon dan emosinya. Seorang lelaki yang mengenal Tuhan pasti akan tahu akan keterbatasannya dan kemurnian akan selalu menjadi keutamaannya. Hal ini bukan kerana itu adalah kewajiban atau peraturan yang harus dia ikuti, tetapi kerana cintanya kepada Tuhan, dia akan menghormati dan menghargai tubuh Anda sebelum menikah. Dia mengasihi Anda bukan kerana wajah cantik atau tubuh Anda, tetapi karena kecantikan batin Anda yang akan bertahan selamanya.


Berdoalah untuk seorang lelaki yang cukup berani untuk memberi Anda kepastian sebelum keintiman, dia yakin dengan Anda karena dia juga yakin dengan dirinya sendiri. Anda tidak layak mendapatkan seseorang yang hanya mengirimi Anda teks pesanan yang pendek saat dia bosan, kesepian, atau merasa tidak yakin. Dia tidak akan meninggalkan Anda dengan mudah hanya karena dia "merasa" tidak mencintai Anda lagi. Dia tahu bahawa cinta itu lebih dari sekadar perasaan, cinta juga ialah komitmen terhadap orang yang tidak sempurna. Hal ini mungkin terdengar klise bagi sebahagian orang, tetapi akan lebih baik jika Anda mencari hubungan jangka panjang daripada jangka pendek. Tetapi sekali lagi, mengapa memiliki hubungan dengan seseorang yang tidak Anda rencanakan untuk berkahwin? Sayang, semakin kamu menyerahkan dirimu untuk berpindah dari satu hubungan ke hubungan yang lain, semakin kamu akan kehilangan harga dirimu.


Berdoalah untuk seorang lelaki yang menghormati orang tuanya dan memngutamakan penyelamatan keluarganya kerana begitulah cara dia akan memperlakukan kamu di masa hadapan. Dia tidak akan membawa beban di masa lalu dari orangtuanya, jadi dia perlu mengampuni mereka juga. Seorang lelaki yang berpusat kepada keluarga tahu bagaimana untuk taat kepada autoriti yang dimilikinya, sehingga Anda akan melihat apakah dia juga akan taat kepada autoriti kita yang pertama, iaitu Tuhan.


Berdoalah untuk orang yang akan menjadi rakan sekumpulan Anda dalam berkongsikan tentang kasih-Nya di dunia yang terhilang ini-seperti Yesus kepada mempelai-Nya, yaitu kita. Orang yang lapar untuk memuridkan generasi berikutnya karena itulah panggilan terbesar kita, untuk mengasihi orang lain seperti yang Yesus lakukan untuk kita, meskipun kita tidak layak. Bukan hanya orang yang pergi ke gereja setiap akhir pekan, tetapi orang yang memiliki keyakinan bahkan pada hari kerja.


Sementara Anda menunggu, bersiaplah untuk menjadi yang terbaik yang telah Anda cari, dan itu akan menarik Anda. Saya tahu kedengarannya klise, tapi tidak ada jumlah menunggu seorang suami yang lebih buruk daripada puas dengan yang baik jika Anda dapat menunggu yang terbaik. Tidak, Anda tidak memerlukan lelaki yang sempurna, sebaliknya anda memerlukan lelaki yang telah hancur di hadapan Tuhan. Kehancuran akan membawa kita untuk bertaubat dan berkomitmen bahwa kita semua adalah orang berdosa yang memerlukan Juruselamat.


Anda tidak perlu merasa menyesal atau kurang layak jika Anda memiliki jangkaan yang tinggi terhadap calon pasangan anda


Anda. Wanita muda, jangan pernah puas. Kembalikanlah hatimu kepada Yesus, cinta pertamamu. Dan ketika waktunya tepat, tempatnya tepat, musimnya tepat, Dia akan dengan jelas memberitahumu untuk membuka hatimu kepada orang yang tepat.


Jemimah Ramos


留言


bottom of page