“Tentulah kebaikan dan kasih akan mengiringiku seumur hidupku, dan aku akan tinggal di dalam rumah Tuhan selama-lamanya.” (Mazmur 23:6 AVB)
Satu hari nanti hidup kita di dunia ini akan berakhir, tetapi kita tidak akan berakhir. Kita akan hidup selama-lamanya samada di syurga atau neraka. Tubuh kita akan mati, tetapi roh kita akan hidup selama-lamanya.
Alkitab menyatakan kita orang-orang Kristian adalah golongan orang yang paling yakin untuk masa hadapan kita.
“Oleh itu, kami sentiasa yakin. Kami tahu bahawa selagi kami mendiami tubuh ini, kami masih jauh daripada Tuhan; Sebabnya kami hidup dengan iman, bukan dengan penglihatan. Kami sentiasa yakin. Sebenarnya kami lebih suka jika dipisahkan dari tubuh ini dan tinggal bersama Tuhan.”
(2 Korintus 5:6-8 AVB)
Kita tidak akan tahu bagaimana untuk hidup, hingga kita bersedia untuk mati di bumi ini. Maksudnya, jikalau kita tidak bersedia untuk mati di bumi ini, kita tidak akan tahu bagaimana untuk hidup di dunia ini. Kehidupan di dunia adalah persiapan kita untuk hidup yang berkekalan.
Apabila kita bekerja di marketplace, kita tahu hala tuju kita ialah yang berkekalan. Kita semua akan bersara dan mati di dunia ini.
Jikalau kita menerima Yesus Kristus sebagai juru selamat, kita akan masuk syurga, “aku akan tinggal di dalam rumah Tuhan selama-lamanya.” (Mazmur 23:6b)
Di syurga, kita tidak akan ada lagi tangisan, kesedihan, kematian, kesakitan dsb.
“Allah akan menghapuskan setiap titik air mata mereka. Tiadalah lagi kematian, kesedihan dan tangisan. Tiada lagi kesakitan, kerana segala yang lama telah lenyap."”
(Wahyu 21:4 AVB)
Untuk kita sebagai orang Kristian, kematian adalah satu “transfer” - satu “promosi”. Kita akan pergi ke satu tempat yang lebih baik.
Kebenaran ini akan menukar segala yang kita lakukan sekarang. Ini tidak bermakna hidup di dunia ini akan menjadi senang. Ia tidak bermakna kita akan gembira setiap hari atau tidak bermakna kita tidak akan berdosa lagi.
Tetapi ini bermakna, kita boleh menghadapi masa hadapan tanpa takut. Tuhan telah menyelesaikan masalah kita yang paling besar - keselamatan kita (salvation). Dia tidak akan meninggalkan kita dan dia akan hidup bersama dengan kita selama-lamanya.
Alkitab mengatakan bahawa kita akan pergi ke syurga dengan meletakan kepercayaan kita kepada Yesus Kristus. Kita tidak boleh pergi ke syurga dengan usaha kita sendiri.
“Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman – ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah – bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorang pun yang dapat bermegah.”
(Efesus 2:8-9 AVB)
Jikalau kita bersedia menerima Yesus sebagai Juru Selamat, mari kita mulakan doa ini.
Tuhan, Engkau telah berjanji, jikalau saya mempercayai Yesus Kristus, setiap apa yang saya lakukan yang lepas akan diampuni.
Saya mengaku bahawa saya telah berdosa. Saya minta pengampunan Tuhan. Saya percaya bahawa Yesus telah mati dan bangkit untuk menebus dosa saya. Pimpin hidup saya. Di dalam nama Yesus saya berdoa. Amen.
Comments