top of page

Mengapa Kita Harus Mengampuni?





3 Sebab Mengapa Kita Harus Mengampuni.


Mengampuni seseorang bukanlah senang. Mungkin ini adalah satu keputusan yang paling susah untuk saudara-saudari lakukan di dalam hidup.


Untuk kita hidup dengan apa yang mahu Allah inginkan di dalam hidup, kita harus mengampuni orang lain yang telah melukakan hati kita. Hanya selepas kita bebas daripada belunggu kepahitan, barulah kita mempunyai kemampuan untuk memenuhi destini yang telah Tuhan sediakan untuk kita.


3 sebab mengapa kita harus mengampuni orang lain.


#1: Kita mengampuni kerana Tuhan telah mengampuni kita.


Apabila kita menyerahkan diri kita kepada Kristus, dosa kita bukan sahaja diampuni. Dosa kita juga akan dibatalkan, digondolkan, dilenyapkan, dibersihkan, dibuangkan dan dihapuskan. Tuhan tidak akan ada rekod dosa kita lagi !


Alkitab mengatakan, “Dengan demikian, sekarang tidak ada hukuman bagi orang yang ada dalam Kristus Yesus. Kerana melalui Kristus Yesus hukum Roh kehidupan telah membebaskanku daripada hukum dosa dan kematian.”

(Roma 8:1-2 AVB)


Dengan cara yang sama, kita juga harus belajar mengampuni orang lain.


#2: Kita mengampuni kerana kepahitan akan menyebabkan kita sengsara.


Ada orang mengatakan bahawa apabila kita memendam kepahitan, adalah seperti kita meminum racun ke dalam tubuh kita, dengan harapan ia akan membunuh orang yang kita benci.


Ia akan menjadikan kita lebih sengsara daripada orang yang telah melukai hidup kita.


Pernahkan kita berfikir bahawa orang yang melukai kita tidak boleh melukai hati kita tanpa kebenaran kita.


Kita boleh memilih kegembiraan dan kebebasan, atau menyimpan kepahitan dan sengsara.


Kita tidak boleh melakukan kedua-duanya sekali.


#3: Kita mengampuni kerana kita memerlukan lebih pengampunan untuk masa hadapan.


Kita tentu akan membuat kesilapan, dan apabila kita membuat kesilapan, kita memerlukan pengampunan orang lain.


Ada seorang menyatakan kepada John Wesley bahawa dia tidak boleh mengampuni seorang yang telah melukai hatinya. Dan John Wesley mengatakan “Kalau begitu, saya harap kamu tidak akan berdosa”


Kita tidak akan mendapat sesuatu yang kita tidak sedia memberikan kepada orang lain. Yesus mengatakan “Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu yang di syurga juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu." (Matius 6:15 AVB)


Mengampuni orang lain yang telah menyakiti hati kita bukan sahaja sesuatu yang harus kita lakukan. Ia adalah satu yang bijak yang boleh kita lakukan.



Comments


bottom of page