'Kita tahu bahawa Allah mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia dan yang sudah dipanggil-Nya sesuai dengan rancangan-Nya.’ (Roma 8:28-39, ayat 28).
Renungan
Hari ini, saya ingin berkongsi bagaimana Allah telah membantu saya mengatasi masalah kebimbangan kronik (melampau). Biar saya membuat hujah tentang bantahan yang mungkin disuarakan oleh sesetengah pihak. Sesetengah pihak mendakwa bahawa kehidupan tanpa kebimbangan tidak dapat dipraktikkan. Namun begitu,saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu. Dengan kasih karunia Allah, saya telah ikuti prinsip-prinsip berikut sejak beberapa tahun yang lalu. Dengan mengamalkan prinsip-prinsip ini, saya telah berubah daripada seorang yang selalu bimbang, kepada seorang yang beriman dan penuh keyakinan. Adalah tidak salah untuk ada kebimbangan tetapi saya menerangkan tentang kebimbangan melampau yang menganggu kehidupan anda.
Prinsip pertama adalah berdepan dengan masalah dan kebimbangan yang mengganggu anda, jangan mengelak! Apabila orang Kristian berdepan dengan masalah, ada yang berpura-pura bahawa masalah tidak wujud dan tidak mahu merasakan kesakitan. Apabila kita menafikan masalah dalam hidup kita, keperibadian kita akan terjejas. Oleh itu, kesanggupan anda berdepan dengan masalah dan merasakan kesakitan sebelum anda bertindak adalah penting.
Prinsip kedua adalah Allah bersama dengan anda dalam apa jua keadaan yang anda hadapi di mana-mana sahaja. Setiap kali kebimbangan melampau muncul, Allah bersama anda dan telah berjanji untuk mendatangkan kebaikan dalam hidup anda. Anda mungkin akan memetik teks pembacaan hari ini dengan sewenang-wenangnya sebagai ‘ubat’ penghiburan. Namun, anda mungkin berkata dalam hati anda, “Allah mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia; tetapi lama lagi untuk melihat kebaikan dalam kehidupan saya.” Penyataan ini tidak akan menghiburkan anda. Percayalah bahawa Allah dapat bekerja dalam segala sesuatu dalam kesusahan dan kegembiraan anda.
Ayat Rujukan:
Yes.43:1-7;
46:3-4;
Dan. 3:19-27
Doa:
Ya Bapa, tolonglah saya hidup walaupun saya masih mempunyai kebimbangan. Saya tidak menyia-nyiakan tenaga saya dalam kebimbangan melampau. Semoga saya fokus kepada kenyataan bahawa Engkau bersama saya sehingga saya boleh menyingkirkan kebimbangan kronik seperti badan yang sihat menyingkirkan kuman. Dalam nama Yesus. Amin.
Rev Gerawat Maran
Comments