“…Itulah sebabnya aku menderita semua ini. Tetapi aku tetap yakin, kerana aku mengenal siapa yang aku percayai. Aku yakin bahawa Dia berkuasa menjaga apa yang telah dipercayakan-Nya kepadaku sehingga Hari Kiamat.....” 2 Timotius 1:12
Paulus memberitahu kita bahawa walaupun dia harus menderita oleh kerana menjadi pengkhotbah, rasul, dan guru dalam memberitakan Berita Baik. Namun, dia tidak merasa malu karena dia tahu kepada siapa dia percaya dan dia sangat yakin bahwa Tuhan sanggup menjaga apa yang telah Tuhan percayakan kepadanya sampai hari kiamat tiba.
Pengenalan Paulus secara peribadi dengan Tuhan telah menyebabkan imannya tidak pernah goyah, walaupun dia harus menderita berbagai perkara. Sebab Paulus telah mengalami bagaimana Tuhan menolong dirinya dalam berbagai perkara dalam hidupnya. Oleh kerana pengalamannya akan Tuhan telah membentuk keyakinanNya kepada Tuhan.
Dengan itu, bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Apakah kita sungguh-sungguh mengenal kepada siapakah anda percaya? Sebab mengenal Tuhan secara peribadi akan menyebabkan diri kita tidak akan mengundur diri dalam perjalanan kita dengan Tuhan. Sebab kita tahu siapa Tuhan yang kita percaya.
…..mengenal Tuhan secara peribadi dalam hidup kita, akan membina keyakinan kita kepada Tuhan dalam segala perkara….
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap syukur kerana menolong saya dalam segala yang saya lakukan, oleh itu bimbinglah saya Tuhan dalam perjalanan iman saya, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comments