top of page

Menghidupi Identiti (1)



Kolose 3:5 (TB) Karena itu matikanlah dalam dirimu segala sesuatu yang duniawi, yaitu percabulan, kenajisan, hawa nafsu, nafsu jahat dan juga keserakahan, yang sama dengan penyembahan berhala,


Sekali lagi tentang identiti. Renungan ini merupakan kesinambungan daripada siri renungan lalu yang bertemakan identiti - tersembunyi bersama dengan Kristus. Mengapa ayat utama di atas berkata demikian?


Sebab utamanya adalah identiti kita tidak terletak di dalam dunia tetapi di dalam Kristus. Itulah sebabnya Paulus menyeru jemaat di Kolose untuk mematikan segala sesuatu yang duniawi - percabulan, kenajisan, hawa nafsu, nafsu jahat dan juga keserakahan (ketamakan) supaya kita dapat menghidupi identiti kita yang baru di dalam Kristus.


Frasa yang perlu kita perhatikan dalam ayat di atas ialah "matikanlah dalam dirimu...". Paulus mengetahui bahawa masalah kita bukan hanya sikap luaran sahaja. Semua sikap luaran yang buruk bermula dari dalam. Maka, untuk menghentikan sikap luaran yang salah, kita haruslah mematikan sesuatu dari dalam. Jika kita ingin menghentikan pertumbuhan rumput lalang, kita perlu menghapuskan akarnya. Jika dibiarkan, penyembahan berhala akan berleluasa di dalam diri kita kerana dikatakan segala sesuatu yang bersifat "duniawi" itu sama dengan penyembahan berhala.


Ingatlah, di sebalik penyembahan berhala ada roh-roh jahat. Dunia menganggap roh-roh tersebut adalah dewa yang layak disembah tetapi bagi kita tidak. Kita tidak mahu ada roh-roh lain di dalam kehidupan kita selain daripada Roh Kudus. Firman Tuhan mengatakan bahawa kita tidak dapat mengabdi kepada dua tuan (Mat 6:24). Kita dibangkitkan oleh Kristus untuk menghidupi identiti yang baru.


Pr Roy Dinsim




Comments


bottom of page