Bacaan Alkitab: Kidung Agung 3-8; Yesaya 1-4
Dengarkan pujian yang dinyanyikan oleh pasangan kekasih dalam Kidung Agung. Cinta itu buta. Dari atas kepala hingga ke hujung kaki, semuanya begitu indah di mata yang melihat.
Dengan setiap pujian, wanita itu semakin menawan dan lelaki itu semakin kacak. Kuasa cinta mereka sekuat kematian dan tiada apa yang dapat menenggelamkannya. Keghairahan mereka sepanas nyalaan api Yehuwa.
Pujian adalah pemangkin terbaik untuk cinta dan hubungan kita. Kegembiraan terpancar di dalam hati mereka yang memberi pujian dan juga mereka yang menerimanya.
Pujian ialah satu bahasa Kerajaan baharu yang Tuhan panggil untuk kita pelajari. Dunia pantas melihat kekurangan kita tetapi umat Kerajaan-Nya harus terlebih dahulu melihat kekuatan orang lain. Dunia membanggakan kekuatan tangannya dengan mengalahkan orang lain tetapi, bagi umat Kerajaan-Nya, kekuatan tangan kita akan terserlah apabila kita mengangkat orang lain.
Bahasa yang diucapkan oleh Tuhan dalam penciptaan adalah bahasa pujian. Tuhan melihat perkara-perkara yang telah Dia ciptakan dan Dia menyatakannya sebagai “baik dan sangat baik.” Sifat Tuhan penuh dengan kebenaran, kebaikan dan keindahan, begitu juga dengan bahasa yang Dia ucapkan.
Kitabelajarbahasa Kerajaandaripada Tuhanapabilakitamenghampiri- Nya. Tuhan akan menghidupkan kembali cinta kita kepada-Nya agar kita memiliki sifat pujian-Nya. Hari-hari kita kemudiannya akan dipenuhi dengan kegembiraan apabila kita memuji.
Doa:
Tuhan Yesus, perbendaharaan kata saya sangat terhad setiap kali saya datang kepada-Mu untuk memuji. Penuhilah saya dengan Roh- Mu agar pujian menjadi bahasa yang fasih bagi saya. Bantulah saya mencari perkara dalam diri orang lain yang membuat saya menaikkan pujian juga. Amin.
Tan Poh Kian, NECF
Comments