top of page

Menghidupkan Kembali Visi Kita


Bacaan Alkitab: Yesaya 5-14


Jika kamu sedang memandu dalam ribut besar, kamu akan memaksa diri untuk memperlahankan kenderaan kerana penglihatan jalan raya yang kabur. Jika kamu rabun, kamu perlu kerap menukar cermin mata untuk mengekalkan penglihatan yang jelas.


Halangan luaran atau perkara yang mengalihkan perhatian kita boleh menjejaskan penglihatan kita, dan penyakit dalaman yang tersembunyi juga boleh menyebabkan penglihatan kita tidak baik.


Yesaya sudah menjalankan peranannya sebagai nabi sebelum kematian Raja Uzia. Pada tahun itu, dia melihat Tuhan bersemayan di atas takhta-Nya yang tinggi dan penglihatan ini menyegarkan perjalanannya sebagai seorang nabi. Dia mendengar panggilan Tuhan dan melihat Yang Maha Kudus serta kenajisan bibirnya dan bangsanya.


Begitu banyak teguran keras telah keluar dari mulutnya tentang dosa orang Israel! Kemudian dia menyedari bahawa dia juga seorang yang najis bibirnya, sama seperti orang yang dikutuknya! Penemuan ini mengubah Yesaya daripada orang luar kepada orang dalam. Kebangkitan atau kejatuhan sesebuah negara bukan semata-mata disebabkan oleh dosa orang lain tetapi dosa setiap orang terhadap Tuhan, termasuk dirinya, seorang nabi.


Adakah kita melayani Tuhan sebagai orang luar seperti Yesaya? Hati kita penuh dengan penipuan dan kita cepat menentukan dan memberikan penilaian kita kepada orang lain apabila kita melihat keadaan dan isu- isu yang dihadapai oleh negara kita. Hanya apabila kita melihat Tuhan barulah kita dapat memahami dan mempunyai perasaan yang sama seperti orang dalam dan dapat berkhidmat dengan hati yang penuh dengan belas kasihan dan kasih sayang.


Doa:

Tuhan Yesus, saya ingin melihat Engkau ditinggikan supaya saya sedar betapa rendahnya diri saya. Bantulah saya untuk mempunyai penglihatan yang baik supaya saya dapat melihat semua perkara melalui lensa-Mu. Bantulah saya berdoa untuk negara dengan hati yang remuk dan hancur. Amin.


Tan Poh Kian, NECF



Comments


bottom of page