top of page

Menginjil atau Menjadi Fosil


Petrus dan rasul yang lain menjawab, "Kami harus taat akan Allah, bukan manusia! (KPR 5:25-42, v.29 AVB) Renungan: Semalam, kita berkata bahawa Kristus, dan hanya Kristus sahaja sumber roti yang mengenyangkan. Tidak lama dahulu, saya menemukan petikan berikut oleh Gerald May, seorang Psikiatri (pakar pesakit jiwa) dan seorang Kristian. Ini memberi kesedaran kepada saya akan pentingnya menolong semua orang memahami bahawa apa yang dicari oleh jiwa mereka itu hanya dapat ditemukan melalui hubungan peribadi mereka dengan Yesus Kristus. Pakar Psikiatri yang lain juga akan mendapat manfaat yang sangat banyak jika mereka mengambil tahu tentang apa yang beliau katakan. 'Kita semua mempunyai rahsia di dalam hati. Saya akan memberitahu kamu salah satu rahsia saya. Sepanjang hidup saya, saya ingin mengatakan "ya", untuk memberikan diri saya kepuasan, untuk sesuatu perkara yang hebat atau menjadi seorang yang sempurna. Saya menyimpan rahsia ini bertahun-tahun kerana tidak sesuai dengan imej yang saya ingin tampilkan – seorang lelaki yang berdikari dan berkebolehan. Keinginan untuk berserah ini sebahagiannya diterima semasa saya masih kecil, tetapi sebagai seorang lelaki, saya cuba untuk mengetepikan hal-hal keanak-kanakan. Ketika saya menjadi seorang doktor, dan kemudiannya seorang pakar Psikiatri, masih sukar untuk saya akui – bahkan kepada diri saya sendiri – bahawa ada sesuatu dalam diri saya sedang mencari penyerahan yang sempurna. Orang sekeliling… telah mengajar saya untuk mengatakan "tidak" berbanding mengatakan "ya", untuk cuba menentukan masa depan sendiri berbanding berserah, untuk menguasai banyak hal berbanding menyerah diri.'* Perasaan ini, yang digambarkan dengan jelas, ada di setiap hati manusia. Ia akan bersatu apabila kita berusaha untuk memenangkan orang lain untuk Yesus. Tuhan kita memberi tumpuan kepada keinginan yang sama ini apabila Dia bercakap dengan perempuan Samaria di perigi (Yohanes 4). Terdapat kerinduan dalam diri setiap kita akan sesuatu yang hanya dapat disediakan oleh Tuhan melalui Kristus. Dengan mempercayai hal ini, jelaslah bahawa – berkongsi iman kita bukanlah satu pilihan tetapi satu keperluan. Ayat Rujukan: Yohanes 4:7-30; 34-42 Doa: Bapa, kami sedar bahawa jika kami gagal untuk berkongsi mesej keselamatan melalui Anak-Mu, mesej itu tidak akan pernah diketahui. Engkau tidak mempunyai suara selain suara kami. Tolonglah kami, walaupun dalam kesukaran, untuk tidak mengecewakan Engkau dalam hal ini. Dalam nama Yesus. Amin.


Rev. Gerawat Maran


Comments


bottom of page