Jika kamu tidak mengetahui apa yang kamu ingin cari, kamu tidak akan menemukannya. Sekarang, jika kamu menjawab pertanyaan ini dengan “ Kamu dapat rasakan bahawa lelaki itulah orangnya. “ atau “ kamu dapat tahu bahawa perempuan itulah orangnya”.
Sekiranya kamu tidak mempunyai standard yang saleh/standard ketuhanan untuk dirimu, emosimu akan menentukan tindakan mu dan emosi itu tidak akan bertahan lama.
Mungkin kamu sudah bertanya kepada dirimu dengan soalan ini. Dan terdapat beberapa faktor dan soalan yang kamu boleh pertimbangkan dalam doa dan ketika persiapan diri untuk perkawinanmu di masa hadapan. Matlamat surat ini bukanlah untuk kamu menemukan seorang yang tepat bagi mu, namun ini adalah untuk kamu menjadi orang yang tepat seperti yang didoakan. Bukankah ianya tidak adil jika kamu berdoa untuk lelaki yang saleh tetapi kamu pula yang tidak mempersiapkan dan memperlengkapkan dirimu sebagai wanita yang saleh juga? Maka dengan itu, tujuan utama perkahwinan ialah untuk merefleksi kasih Kristus kepada gereja. Ia bukan untuk kepentingan diri, tetapi untuk melayani antara satu sama lain dalam kasih.
Saya memilih satu ayat ini untuk mencari kualiti yang patut kamu doakan dan menjadi seperti itu, iaitu “ Jangan biarkan sesiapa pun menghina engkau kerana engkau muda. Sebaliknya, hendaklah engkau menjadi teladan bagi semua orang yang percaya kepada Kristus dengan percakapanmu, kelakuanmu, kasihmu untuk orang lain, imanmu kepada Kristus dan cara hidupmu yang suci. “ 1 Timotius 4 : 12. Di dalam ayat ini, Paulus menggalakkan dan mengingatkan Timotius untuk memberi peringatan pemuda-pemudi agar menjadi teladan dalam semua aspek kehidupan mereka. Disebabkan tujuan utama kita adalah untuk menjadi serupa seperti Tuhan, ini masih relevan dan wajar bagi kita pada hari ini - iaitu menjadi seperti orang yang Tuhan ingini.
#1 IMAN: Adakah anda mempunyai iman yang sama seperti orang itu ?
“ Janganlah cuba bekerjasama dengan orang yang tidak percaya kepada Kristus, kerana hal itu tidak sesuai. Kebaikan dan kejahatan tidak dapat bekerjasama. Cahaya dan kegelapan tidak dapat bersama-sama. ” 2 Korintus 6 : 14 . Istilah “ kuk" bermaksud ada lembu yang kuat dan lembu yang lemah ataupun lembu yang tinggi dan lembu yang rendah. Lembu yang lemah dan sakit akan berjalan lambat daripada lembu yang tinggi dan kuat; menyebabkan beban yang diangkat tergendala kerana kesukaran untuk berjalan bersama. Apabila kayu yang disatukan kepada dua ekor lembu ini tidak seimbang, mereka tidak dapat menjalankan tugas mereka bersama kerana mereka tidak sesuai untuk satu sama lain. Demikian juga, ada sesetengah pasangan mempunyai kepercayaan, agama dan gereja yang berbeza, namun pasti akan ada pergumulan dan cabaran yang berlaku apabila kamu mempunyai keluarga pada suatu saat nanti.Tujuan utama perkahwinan adalah untuk membawa kamu kembali kepada Kristus. Maka dengan itu, sekiranya kamu tertarik dengan orang yang tidak percaya kepada Yesus atau cuba untuk menukar orang itu kepada misi pelayanan, kamu tidak dapat mengubah mereka kerana hanya Tuhan yang dapat mengubah seseorang itu. Oleh itu, fikirkan tentang masa hadapamu, anak-anakmu, hubungan peribadimu bersama Tuhan sekiranya kamu sanggup mengorbankan semuanya ini demi orang itu.
#2 KESUCIAN : Adakah orang ini mengejar kesucian?
Seperti yang kamu lihat, kesucian bukan sahaja tentang keperawanan tetapi ia juga tentang hatimu. Berbicara tentang kesucian secara fizikal, sesetengah orang telah kehilangan kesucian mereka dalam apapun yang mereka lakukan, namun tidak terlambat untuk mengejar kesucian dan menjadi serupa dengan Kristus. Daripada bertanya, “ Seberapa jauhkah, jauh itu ? ” , sebaliknya tanyakan kepada diri anda, “ Bagaimana saya boleh menjadi lebih suci dan serupa dengan Kristus ? ”.
Kamu mungkin mempunyai masa lalu yang buruk, tetapi jangan menolak dirimu, kerana Tuhan mahu yang terbaik bagimu. Semestinya kamu tidak menginginkan sejenis hubungan yang berdasarkan pengguna - dimana orang itu hanya menginginkan sesuatu daripadamu atau mengunapakai kamu, sebaliknya bukan menginginkanmu. Keinginan nafsu hanya akan menyebabkan kamu untuk memaksa memberi dirimu; manakala cinta itu sabar dan walaupun tindakan and kesalahan kita daripada masa lalu itu mempunyai kesan, Tuhan ingin menghukum kita kerana Dia mencintai kita. Kita semua mempunyai masa lalu yang buruk yang kita takut untuk kongsikan, namun apabila kita membawa kisah kita ini kepada cahaya, itu saatnya kita akan menerima kebebasan.
#3 PERKATAAN : Apakah perkataan yang keluar dari mulut orang itu ?
#4 TINDAKAN : Apakah peribadi orang ini dalam setiap hubungan yang dia ada ?
(Dengarkan di Spotify untuk perbincangan yang lebih terperinci tentang bidang ini)
#5 CINTA : Apa yang orang ini cintakan ?
Apa yang dia laburkan ? Apa yang dia ambil berat ? kamu akan dapat lihat keutamaan mu akan mencerminkan kehendak hatimu.
Maka dengan itu, sekiranya orang ini tidak mencintai Tuhan dengan bersungguh, tidak meluangkan waktu dalam pertumbuhannya sebagai Kristian, ataupun lebih memikirkan tentang rupa dan badan, lebih daripada hubungan pribadinya dengan Tuhan, maka mereka menyembah berhala di dalam hati mereka.
Setiap karunia yang kita dapat itu datangnya dari Tuhan - keluarga, kejayaan, hubungan, perniagaan, imej tubuh, gred yang tinggi ataupun pelayanan. Tetapi apabila perkara ini menjadi penyebab kepada mengapa kita berharga, gembira dan berpuas hati sebagai diri kita, perkara ini tidak akan bertahan lama. Penjodoh utama kita adalah Tuhan sendiri. Gambaran perkahwinan ialah gambaran sebuah segi tiga. Dimana, apabila kita berjalan menuju kepada Tuhan, orang yang tepat akan membawa kita lebih dekat kepada Sang Pencipta kita. Kerana itulah tujuan utama perkahwinan, untuk melayani sesama, mengorbankan diri, tidak mementingkan diri sendiri, tidak bersyarat, mengasihi dan mengutamakan kebaikan seseorang itu - sama seperti yang Yesus lakukan bagi kita.
Oleh itu, daripada mencari orang yang tepat, tanyakan pada dirimu terlebih dahulu sekiranya kamu adalah orang yang tepat.
Jemimah Ramos
Comments