top of page

Menjadi Teladan Kepada Orang Lain

"…Kamu mengikut teladan kami dan teladan Tuhan. Meskipun kamu menanggung banyak penderitaan, kamu menyambut perkhabaran itu dengan kegembiraan yang datang daripada Roh Alla.....” 1 Tesalonika 1:6


Paulus berkata kepada kita bahawa Jemaah yang ada di Tesalonika telah mengikuti teladan mereka (Paulus dan rakan-rakannya) dan teladan Tuhan Yesus sendiri. Walaupun mereka telah banyak menderita oleh kerana percaya sepenuhnya kepada Tuhan Yesus, namun mereka tetap terus menerima ajaran Firman Tuhan oleh Paulus dan rakan-rakannya dengan sukacita daripada Roh Kudus. Sebab Roh Kudus sentiasa memberikan mereka sukacita.


Oleh kerana kepercayaan mereka kepada Tuhan Yesus yang sangat kuat dan tidak goyah maka mereka telah menjadi teladan kepada semua orang yang percaya di Makedonia dan Akhaya.


Bagaimana dengan diri kita pada hari ini, apakah kita telah menjadi teladan kepada semua orang yang percaya yang lain didalam gereja dan tempat kita tinggal? Marilah kita selidiki diri kita dihadapan Tuhan, apakah saya telah menjadi teladan selama ini dalam perkataan, perbuatan dan pemikiran kita?


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, menyerahkan seluruh hidup saya kepadaMu memohon bimbinganMu dalam setiap yang saya lakukkan agar saya terus menjadi teladan kepada semua orang. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page