' ...Allah sudah berfirman, “Aku tidak akan membiarkan kamu; Aku tidak akan meninggalkan kamu"' (Ibrani 13:1-8, ayat 5).
Renungan
Mari kita terus fikirkan tentang prinsip-prinsip yang membantu kita mengatasi kebimbangan. Prinsip ketiga adalah berdoa dan mintalah kepada Allah apa-apa yang kamu perlukan. Seorang wanita memberitahu saya bahawa dia melafazkan Doa Agung untuk menyelamatkan dia daripada kebimbangannya. Beberapa tahun yang lalu, saya mengalami krisis fizikal dan dilema untuk mencari pemimpin baru ataupun menghentikan pelayanan saya. Walaupun saya mempunyai sokongan orang ramai, tetapi saya mendapati bahawa doa adalah sokongan yang paling berkuasa. Kebimbangan anda tidak semestinya akan diselesaikan tetapi semakin berkurangan melalui doa.
Prinsip keempat adalah untuk belajar untuk menghadapi hari ini. Yesus menunjukkan wawasan-Nya apabila Dia berkata, '... jangan khuatiri hari esok, kerana ada cukup hal yang dikhuatirkan pada hari esok. Cukuplah kesusahan hari ini, tidak usah ditambah lagi.’ (Mat.6:34). Dia tidak bermaksud kehidupan kita bebas dari kesusahan. Kita akan mengalami kesusahan, tetapi jangan menimbun kesusahan esok ke dalam hari ini. Jika anda membawa kesusahan esok ke dalam hari ini, anda akan merosakkan hari ini dengan kebimbangan melampau.
Prinsip kelima adalah ingatkan diri anda bahawa Tuhan tidak akan meninggalkan anda. Ulangan 4:31 berkata, '...Allah yang berbelas kasihan. Dia tidak akan meninggalkan atau membinasakan kamu..' Ayat tersebut telah menjadi sauh yang besar dalam hidup saya. Saya mungkin meninggalkan Tuhan, tetapi adakah Dia meninggalkan saya? Tidak! Saya ingin menceritakan kisah tentang seorang lelaki yang jatuh ke dalam telaga. Apabila lelaki jatuh ke dalam telaga, baju lelaki tersangkut pada akar yang tumbuh di sisi telaga. Apabila dia tersangkut di akar, dia sedar bahawa dia mungkin akan terjatuh ke dasar telaga tidak lama lagi. Walaupun situasinya ngeri, dia terlihat titisan madu atas sehelai daun di dinding telaga. Lelaki itu pun menjilat madu atas daun tersebut dan memuji Tuhan. Pembacaan hari ini mengingatkan kita bahawa Dia tidak meninggalkan kita. Oleh itu, jangan panik apabila kita tidak dapat mengawal kesusahan dalam hidup kita. Jilatlah madu dan puji nama-Nya
Ayat Rujukan
Ula 32:9-14;
1 Sam. 14:24-30;
Hab 3:17-19
Doa
Ya Bapa, kebimbangan melampau telah memainkan peranan besar dalam hidup saya, tetapi saya tidak akan biarkan ia memerintah lagi dalam hidup saya. Saya menyerahkan hidup saya kepada-Mu untuk dibebaskan dari setiap kebimbangan yang tidak berguna. Biarlah kebimbangan saya hilang dalam ketenangan-Mu. Saya amat bersyukur. Amin.
Rev Gerawat Maran
Kommentare