top of page

Menyayangi Pasangan Anda


Bacaan: 1 Yohanes 4:7-12 Saudara-saudara yang kukasihi, marilah kita kasih-mengasihi kerana kasih itu datang daripada Allah. Sesiapa yang kasih-mengasihi lahir daripada Allah dan mereka mengenal Allah. Sesiapa yang tidak mengasihi sesama manusia tidak mengenal Allah kerana Allah itu kasih. Begitu kasihnya Allah kepada kita sehingga Dia menghantar Anak-Nya yang tunggal ke dunia supaya melalui-Nya kita mendapat hidup yang kekal. Demikianlah kasih: bukannya kita mengasihi Allah tetapi Allah mengasihi kita lalu menghantar Anak-Nya sebagai korban pendamaian bagi dosa kita.

Saudara-saudara yang kukasihi, Allah amat mengasihi kita, maka haruslah kita kasih-mengasihi. Tiada siapa pernah melihat Allah tetapi jika kita kasih-mengasihi, Allah tetap ada di dalam kita dan kasih-Nya disempurnakan di dalam diri kita. Ringkasan: Perasaan kasih sayang tanpa syarat antara satu sama lain anda adalah amat penting untuk memperkuatkan hubungan suami isteri. Cintailah pasangan anda dengan kasih Kristus, tanpa syarat dan tanpa pamrih.


Contoh aplikasi harian: Carilah cara untuk menunjukkan kasih sayang kepada pasangan anda setiap hari. Contohnya termasuk meluangkan masa untuk bersama, untuk bersantai, minum kopi bersama, memberi galakan dan dorongan kepada satu sama lain, mendengar dengan teliti apa yang pasangan anda sedang sampaikan ; atau melakukan sesuatu yang bermakna untuk satu sama lain,walau betapa kecil perkara tersebut.


Doa: Tuhan, kami memohon kekuatan dan kemampuan dari-Mu untuk menyayangi pasangan kami dengan kasih Kristus yang sejati. Tunjukkanlah kami bagaimana cara mengasihi pasangan kami tanpa syarat dan tanpa pamrih. Amin.


Comments


bottom of page