1 Samuel 2:29-30 (BM)
Tetapi mengapakah engkau masih tamak melihat persembahan dan korban yang dipersembahkan oleh umat-Ku kepada-Ku? Mereka mempersembahkan semuanya kepada-Ku menurut perintah-Ku kepada mereka. Hai Eli, mengapa engkau lebih menghormati anak-anakmu daripada menghormati Aku, dan membiarkan mereka menggemukkan diri dengan bahagian terbaik daripada setiap korban yang dipersembahkan oleh umat-Ku kepada-Ku? Aku TUHAN, Allah Israel, dahulu telah berjanji bahawa keluarga dan puakmu akan mengabdi kepada-Ku sebagai imam untuk sepanjang masa. Tetapi sekarang Aku tidak menghendaki hal itu lagi! Sebaliknya, mereka yang menghormati Aku akan Kuhormati, dan mereka yang menghina Aku akan dihina.
Pengajaran/Refleksi
TUHAN memanggil nama Eli dan berkata, "Hai Eli, mengapa engkau lebih menghormati anak-anakmu daripada menghormati Aku, dan membiarkan mereka menggemukkan diri dengan bahagian terbaik daripada setiap korban yang dipersembahkan oleh umat-Ku kepada-Ku?"
"Aku TUHAN, Allah Israel, dahulu telah berjanji bahawa keluarga dan puakmu akan mengabdi kepada-Ku sebagai imam untuk sepanjang masa. Tetapi sekarang Aku tidak menghendaki hal itu lagi!"
"Mereka yang menghormati Aku akan Kuhormati, dan mereka yang menghina Aku akan dihina."
Kita harus berhati-hati dengan apa yang kita lakukan pada saat ini. Layani TUHAN dengan bersungguh-sungguh. Jangan seperti keluarga Eli yang tidak menghormati TUHAN dalam pelayanan mereka, sehingga akhirnya, TUHAN tidak menghendaki hal itu lagi.
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini mengajar kami supaya tidak berdosa terhadap Engkau. Ajarilah kami untuk mentaati kehendak-Mu ya TUHAN. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin!
Rev. Ali Langgit
Comments