Lukas 5:4-5 (TB) Setelah selesai berbicara, Ia berkata kepada Simon: "Bertolaklah ke tempat yang dalam dan tebarkanlah jalamu untuk menangkap ikan."
Simon menjawab: "Guru, telah sepanjang malam kami bekerja keras dan kami tidak menangkap apa-apa, tetapi karena Engkau menyuruhnya, aku akan menebarkan jala juga."
Sepertinya Simon (Petrus) sangat taat dalam teks Firman Tuhan di atas. Tetapi tahukah anda bahawa Simon tidak melakukan tepat seperti apa yang dikatakan oleh Yesus? Teks dalam bahasa Inggeris lebih tepat: Luke 5:4-5 (RNKJV) Now when he had left speaking, he said unto Simon, Launch out into the deep, and let down your nets for a draught. And Simon answering said unto him, Master, we have toiled all the night, and have taken nothing: nevertheless at thy word I will let down the net.
Yesus berkata kepada Simon: “...tebarkanlah jala-jalamu (jamak) untuk menangkap ikan.” Namun Simon hanya menebarkan satu jala sahaja. Tidak hairanlah jala mereka itu mulai koyak sehingga mereka perlu meminta bantuan daripada perahu yang lain. Akhirnya, kedua-dua perahu yang ada itu terisi penuh dengan ikan yang banyak sehingga dikatakan kedua perahu tersebut hampir tenggelam. Sungguh ajaib!
Simon yang menyaksikan keajaiban di depan matanya ini pun hanya mampu tersungkur dan merasa tidak layak untuk mendapat berkat yang sedemikian rupa (Luk 5:8). Apa yang kita dapat pelajari daripada hal ini? Kita percaya bahawa kejadian ini bukan tentang ikan yang banyak tetapi tentang Yesus yang hadir di tempat itu. Petrus yang memang tahu tentang selok-belok penangkapan ikan tahu tentang waktu dan musim penangkapan yang tepat. Namun dalam pengalaman dan pengetahuannya itu pun tidak dapat menjamin keberhasilan secara total. Ketika Yesus hadir di tempat itu, keadaan dan musim telah berubah kerana Yesus adalah jalan perkenanan kehidupan manusia. Tidak ada jalan yang lain, hanya Yesus Kristus Tuhan!
Oleh sebab Yesus Kristus adalah sumber perkenanan kita, marilah kita meresponi-Nya dengan ketaatan kerana demikianlah respon yang tepat untuk menerima dan menyambut perkenanan Tuhan di tengah-tengah dunia yang rosak dan tidak menentu ini. Yesus datang untuk anda dan saya seperti mana Yesus juga datang untuk Simon dan murid-murid-Nya yang lain. Dia datang bukan kerana kita layak, tetapi kerana kasih-Nya yang besar. Marilah kita meresponi kasih itu dengan ketaatan.
Tuhan memberkati!
Pr. Roy Dinsim
Comments