Pemazmur mengajar dirinya supaya mempercayakan dirinya sepenuhnya hanya pada Tuhan dengan menanti-nantikan hanya pertolongan daripada Tuhan bagi dirinya. Dia menanti-nantikan pertolongan Tuhan lebih daripada seorang penjaga malam yang menantikan subuh.
Dengan sepenuh pengharapan dan kerendahan hati, pemazmur meletakkan dirinya sepenuhnya bergantung pada pertolongan Tuhan. Pemazmur sedar bahawa manusia tidak berdaya dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa tanpa pertolongan Tuhan.
Oleh itu pemazmur memperingatkan kita bahawa “...dia hanya menanti-nantikan pertolongan daripada Tuhan, dengan berharap kepada firman-Nya, menantikan Tuhan, lebih daripada penjaga malam menantikan subuh, lebih daripada penjaga malam menantikan fajar......” Mazmur 130:5-6
Bagaimanakah dengan diri kita pada hari ini? Apakah kita sedar bahawa kita manusia yang lemah dan tidak berdaya hanya memerlukan pertolongan Tuhan?
Dengan itu marilah kita mengajar diri kita sepenuhnya menantikan Tuhan untuk pertolongan bagi hidup kita, sebab pertolongan yang datang daripada Tuhan adalah yang terbaik. Jangan terburu-buru untuk bertindak tetapi nantikanlah Tuhan sebab Tuhan tahu bila waktu yang terbaik untuk menolong kita.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, dan menyerahkan hidup saya hanya kepadaMu untuk pertolongan, sebab hanya Engkau Tuhan yang boleh menolong hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Comments