top of page

Nantikan Tuhan dengan sabar


“…Nantikanlah TUHAN dengan hati yang tenang, tunggulah dengan sabar sampai Dia bertindak. Jangan geram kerana orang yang hidup makmur, atau kerana orang yang melakukan tipu muslihat.…” Mazmur 37:7


Pemazmur menasihat kita agar tidak merasa geram terhadap orang yang hidup makmur, atau kerana orang yang melakukan tipu muslihat. Sebab mereka adalah seperti rumput yang akan segera lenyap dan layu seperti tumbuh-tumbuhan hijau.


Dengan itu pemazmur menasihat kita agar tenang didalam TUHAN dengan nantikanNya dengan sabar. Oleh itu kita tidak perlu bersungut-sungut, merasa kuatir dan ketidakpuasan terhadap mereka yang makmur di jalannya.


Sebab merasa geram terhadap orang yang hidup makmur hanyalah mebawa kecelakaan kepada diri kita, bahkan tidak akan menghasilkan apa-apa keuntungan terhadap diri kita, apa yang perlu kita lakukan adalah berdiam diri di hadapan TUHAN dan bersabar menantikan-Nya.


Sebagai seorang yang telah mengenal Tuhan secara peribadi, kita perlu tahu bahawa untuk mengatasi perasaan iri hati dan ketidakpuasan terhadap kemakmuran orang lain adalah berdiam dalam hadirat TUHAN dengan hati yang tenang dan tunggu dengan sabar sehingga Dia bertindak.


Berdiam diri didalam hadirat Tuhan akan menyebabkan kita merasa damai dan tenang didalam hidup ini.... oleh itu marilah kita mengajar diri kita untuk berdiam dalam hadirat Tuhan dan menantikanNya dengan sabar.


Doa: Bapa yang di surga, saya ajar saya bertenang didalam hadiratMu setiap hari, sentiasa memilih untuk berada dalam hadiratMu dan membiarkan Engkau yang bertindak bagi hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page