top of page

Natal


Selamat Hari Natal saya ucapkan kepada kita semua.


Setelah hampir setahun kita lalui pada tahun ini (2024), pasti kita telah melalui pelbagai keadaan sepanjang tahun ini. Walaupun demikian, kita tidak pernah hilang harapan sepanjang perjalanan hidup kita kerana kita memiliki Tuhan yang sangat setia dalam hidup ini, yang tidak pernah meninggalkan kita.


Sempena Natal tahun ini, sekali lagi kita diingatkan tentang kelahiran Yesus di dunia ini yang membawa sebuah misi untuk setiap individu. Misi keselamatan bagi setiap diri kita agar kita tidak binasa kerana dosa-dosa kita, sebaliknya menerima hidup yang kekal.


Natal adalah tentang kelahiran Yesus di dunia ini, yang memberikan setiap kita sebuah harapan untuk masa depan. Harapan yang tidak akan mengecewakan, tetapi harapan yang memberikan keyakinan dan jaminan terhadap kehidupan masa depan kita.


Oleh itu, marilah kita datang kepada-Nya dengan hati yang bersyukur dan berterima kasih atas kasih setia-Nya kepada kita selama ini. Kita hidup kerana anugerah-Nya; segala-galanya adalah hasil kasih-Nya. Oleh itu, sembahlah Dia selama kita hidup di dunia ini. Ingatlah bahawa Dia adalah Tuhan yang dekat dengan kita, Tuhan yang sentiasa bergaul dengan kita, dan Tuhan yang sentiasa menyertai kita.


Rayakanlah Natal dengan cara yang memuliakan nama Tuhan, kerana Dialah sebab kita ada pada hari ini. Hidup ini adalah anugerah daripada-Nya; terpujilah nama-Nya.


“..Maria akan melahirkan seorang anak lelaki. Namakanlah anak itu Yesus. Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka..” — Matius 1:21


Doa: Terima kasih Tuhan Yesus atas anugerah-Mu yang sangat besar dalam hidup saya selama ini. Oleh kasih-Mu, saya hidup pada hari ini dan menikmati segala yang ada. Peganglah tangan saya, Tuhan, dan tuntunlah hidup saya agar saya sentiasa berjalan dalam jalan-Mu sepanjang hidup ini. Biarlah sinar harapan akan masa depan dalam Tuhan Yesus sempena Natal tahun ini memancar dalam hidup saya. Dalam nama Tuhan Yesus saya berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page