“…Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN! Bernyanyilah untuk TUHAN, hai seluruh dunia! Bernyanyilah untuk TUHAN, dan pujilah Dia! Setiap hari isytiharkanlah berita baik bahawa Dia telah menyelamatkan kita......” Mazmur 96:1-2
Mazmur ini merupakan sebuah panggilan untuk semua orang di seluruh dunia untuk menyanyi lagu baru dan memuji Tuhan, untuk menyembah-Nya dan untuk memberikan kemuliaan kepada-Nya, sebagai Tuhan yang besar dan mulia.
Oleh itu pemazmur dengan penuh hormat mengajak semua orang yang ada di seluruh dunia, datang kepada Tuhan, untuk menyanyikan lagu baru untuk-Nya setiap hari, dengan mengisytiharkan berita baik bahawa Dia adalah Tuhan yang telah menyelamatkan mereka.
Bernyanyi lagu baru bagi Tuhan setiap hari bermaksud “memuji nama-Nya, dengan mengistiharkan perkara-perkara yang baik tentang diri-Nya setiap hari, agar orang lain yang ada disekeliling mereka akan dipimpin untuk berpikir tentang kebaikan-kebaikanNya.”
Oleh itu marilah kita menyanyi nyanyian yang baru bagi Tuhan setiap hari, tentang kebaikan-kebaikan-Nya yang baru, tentang kasih setia-Nya yang sentiasa baru setiap pagi. Nyanyilah lagu-lagu baru bagi Tuhan, sebab cara hidup yang bergini merupakan sikap yang menyenangkan hati Tuhan.
Memuji Tuhan dengan nyanyian baru setiap hari, dengan mengisytiharkan berita baik bahawa Dia adalah Tuhan yang telah menyelamatkan mereka, dan menceritakan kemuliaan-Nya di antara bangsa-bangsa dan perbuatan-perbuatan-Nya yang ajaib di antara segala suku bangsa, akan menyebabkan orang lain mengenal Dia adalah Tuhan.
Dengan itu, apakah anda milik sikap yang sentiasa memuji dan mengisthirkan pekerjaan Tuhan didalam hidupmu kepada orang yang belum percaya di sekeliling kita.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon agar Tuhan memberikan saya nyanyian yang baru setiap hari, didalam hidup ini. Ajar saya untuk memuji dan menceritakan tentang Engkau. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comentários